Monday, November 14, 2011

~ Pelangi Kehidupan ~


Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamu'alaikum w.b.t.~

Subhanallah ~ aturanNya, pelangi mungkin muncul selepas hujan yang lebat~
Sama seperti manusia, yang juga makhluk, akan diuji untuk diberikan hadiah yang istimewa~
Allah mengasihi makhlukNya dengan bukti ujian ~

Persoalannya : Kenapa kita susah untuk istiqamah???
Adakah perasaan ini juga satu ujian??? Tepuk dada tanya iman ~
Bukankah iman manusia ini ketetapannya turun dan naik?
Jadi wajarlah diturunkanNya ujian bagi kita hambaNya untuk meningkatkan lagi iman~

Sudah jelaskah perkaitan antara ujian dan iman?
Mengapa perlu dipersoalkan lagi tentang mengapa insan sukar untuk istiqamah~
Salah siapa jika kita membiarkan iman kita turun dan naik?

Salah ibubapa tak pandai mendidikkah?

Atau salah cikgu tak pandai mengajarkah?

Ataupun mungkin salah sahabat2 tak mengingatkan?

Salah kita! Siapa suruh kita ikut kata hati? kata nafsu? bisikan syaitan?
Ada ibubapa, guru2, sahabat2 kita suruh kita tinggalkan perkara sunat tu? Agak Mustahil!

Untuk apa Dia membiarkan kita hanyut sebentar agar meninggalkan perkara2 sunat yang kita selalu buat?
Kerana...niat kita!
Niat kita yang ingin diredhaiNya, setakat mana kita berusaha untuk mencapai matlamat itu?
Dia tidak akan memberikan kita sesuatu 'on the spot' ~
Melainkan mengikut kesesuaian waktu dan keadaan ~
DiujiNya dahulu kekentalan iman kita, untuk mengetahui bahawa benarkah kita benar2 ingin mengecap keredhaanNya~

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Jadi, pandanglah ujian Allah ini dengan positif>>>Allah menguji kerana sayangNya~
Manusia takkan pernah sendirian...kerana Allah sentiasa ada!
Teruskan istiqomah, walaupun payah~
Bukankah jalan menuju syurgaNya penuh ujian? Bersiap siagalah!
Lawanlah nafsumu dan tepislah bisikan syaitan itu, sesungguhnya syurga menunggumu~
Wallahu'alam...selamat bermujahadah!



No comments: