Friday, December 16, 2011

~ kecewa lagi ~

In The Name of ALLAH
The Most Gracious and The most Merciful of All~

Salam 1 aqidah!


Huh~ Entry kali ini mungkin tidaklah terlalu ilmiah~ 
Sekadar perkongsian dari kisah sahabatku~


____________________________________it's begin_______________________________________

Saat ini, hatiku menangis lagi...lagi...dan  L . A . G . I ...
Namun tiada apa yang dapat menenangkanku =.=

Saat ini, perasaanku sedih lagi...lagi...dan L . A . G . I ...
Namun tiada siapa yang boleh membahagiakanku :'(

Saat ini, aku kecewa lagi...lagi...dan L . A . G . I ...
Namun tidak ada satu makhluk pun yang dapat menyurutinya~ bingung aku~

Untuk kali ke-berapa pun aku tidak tahu -___-
Apa yang ku tahu, bahawa sekarang ia lebih berat dari sebelumnya~
Sepertinya aku sudah lemah, tidak lagi mampu~
"Untuk inikah aku 'dihantar' kesini?"~ monolog hati saban waktu
Monolog itu sering terlayar tanpa ada Dia dalam ingatanku =.=
Mungkin aku ingat~ tapi boleh jadi juga hanya di bibirku~
Hatiku... tidak merasaiNya... Apa mungkin hatiku sudah mati? Barangkali situasinya koma?
Huh...Huh...dan Huh L . A . G . I~ aku sendiri tidak tahu dimanakah level 'kesihatan' hatiku~
Aku merasai kepedihan ini... keperitan ini...kesusahan ini -____-
Sehinggalah~

Ya Allah, alhamdulILLAH!!!

Ukhtifillah datang lagi...
Patutkah aku meminta makanan untuk menyambung sisa2 hatiku?
Perlukah?
Atau... Aku bisa berdiri sendiri? mencari makanan itu sendiri?
Gayanya seperti tidak kuat lagi aku untuk berdikari~

Tapi   >>>
Nampaknya aku tidak perlu meminta kerana mereka terlebih dahulu telah menghulurkan~
Sungguh aku segan~
Segan dengan ukhti? tidak! Aku segan dengan diriku sendiri~
Inikah diri yang digelar da'ie?!
Dengan jarak yang begitu jauh aku letakkan Dia dihatiku~
Dia masih mahu aku ditemani ukhti2 =.=
S . E . G . A . N -___-

Ukhti2ku cakap~

"Seandainya masih ada rasa sedih, rasa kecewa...selagi itulah Dia menyayangi kita"~
Huh...apakah? buat kita rasa kecewa tanda Dia sayang kita? 
Tak logik!~
Sebab musababnya apa ya ukhti?

Ukhti2ku senyum dan cakap~

"Kamu sangat beruntung."
Huh...
Lagi...
Tidak logik~
itukah jawapan untuk soalanku tadi?...ukhti2ku syg, minta di'clear'kan statement kalian -___-

dan mereka berkata lagi...dengan senyuman yang tidak menghilang~

"adikku syg, cuba fikir, cuba renung dalam2..."
Huh...nak renung apa? saya bukanlah ahli nujum T.T
"Dia mengirimkan kecewa untuk kamu, untuk apa? Apa lagi...andai bukan untuk membuatmu bahagia."
Ya Allah...Huh...Huh...dan Huh lagi...
Sungguh kiasan2 ini bikin aku lebih lemah~
"adikku, benarkah Dia selalu mengirimkanmu kecewa?"
ya,ukhtiku~
"pernahkah adikku syg mengadu padaNya atas kekecewaan ini?"
kaniech-na,sistra!(sudah tentu,ukhti!)
"setiap masakah?"
aku...terdiam. mungkin tidak.
*saat ini, dalam hati, aku merasakan ukhti ingin menyimpulkan bahawa kerana aku tidak sentiasa mengadu padaNya, lalu Dia menolak aduan2ku~ 
tapi...ouh! ukhti belum habis berbicaralah! aku sudah memandai men'conclude'nya ^-* bengang sendiri~
"oleh sebab itulah, Dia bagi kita kecewa, supaya kita tidak lagi mengadu pada makhluk instead of Him.
Dia cemburu."
Huh?! Dia cemburu?! Bukankah Dia tidak berperasaan seperti makhluk?!
ukhti sambung lagi... "Tahu kenapa akak cakap kamu beruntung?"
tak~
"kerana dengan kecewa itulah kamu boleh bertahan hingga ke hari ini. kerananyalah kamu menjadi kamu yang sekarang. kerananyalah juga kamu berada sehingga ke level ini."
aku...tidak faham =.=
"macam ni lah adikku tercinta, Allah bagi kecewa supaya kita ingat padaNya dengan sebenar2 ingatan, supaya kamu tidak merasai nikmat bahagia yang sebenar di dunia ini sahaja, supaya kamu merasakan indahnya bahagia di negeri sana, dan ketika itu kamu tergolong dalam golongan yang beruntung."
"dan dengan rasa inilah kita terdorong untuk menyedari bahawa hakikat hidup adalah untuk mencapai mardhotillah"~

"Sungguh rugilah mereka2 yang tidak menyedari~" 
teruskan usaha untuk jadi kuat dijalanNya,ukhti2 sentiasa mendoakan~

Wallahu'alam~

p/s :: inilah hostelku~ tu!rakan bilikku~


Saturday, December 3, 2011

~ Saya nak jadi matang! ~

Bismillahirrahmanirrahim~
SALAM MUJAHADAH sahABat2~
Hmmmphhh, mesti ramai yang tersenyum bila melihat tajuk entry kali ni~
ye lah, sebab yang nak jadi matang tu NIMF! huh! percaya???
(*gaya cam syok sendiri>huhu)
ermmm,sahABat2,aku sangat2 la rindu kalian bila tulis entry kali ni~


dah start dah mengarut...huh...entry ni aku tulis untuk diriku and siapa2 yang TERingin nak jadi matang!~


Let's BEGIN>>>

Matang? Perlu ke? Untuk apa ya? Hmm…
Ramai kawan2 yg tanya pasal ‘mature’ ni~
Jadinya, jawabku, perlu…dan aku ditanya kenapa perlu?
Uihhh, susah nak jawab…then...nah, aku tolong carikan info pasal ‘mature’ ni~

Matang jika dirujuk kepada tumbuhan - ia bermaksud sudah boleh dituai contohnya : padi, gandum. Boleh di tebang contohnya : meranti, merbau, jati, merbah. Boleh dipetik buahnya kerana sudah masak seperti : rambutan, mempelam dan jambu.

Matang jika dirujuk kepada binatang -
contohnya : sudah sampai umurnya untuk disembelih bagi tujuan korban seperti kerbau, lembu, unta (unta berumur 5 tahun lebih, kambing 2 tahun lebih).

Di dalam buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat :
kematangan dirujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran.

Begitulah takrifan kematangan berbeza apabila merujuk kepada objek yang digunakan. Apatah lagi apabila dinilai dari sudut manusiawi ia lebih subjektif.

Mengapa Perlu Kematangan? 

Untuk menjadi matang, luaskanlah pergaulan dengan manusia. Di situ kita akan melihat kepelbagaian pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan sebagainya. Kematangan tidak datang dengan hanya duduk di dalam bilik atau hanya berteori dengan akal sendiri, atau hanya pandai bercakap sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah tanpa turun ke lapangan umat dan merasai sendiri erti kehidupan.

Orang yang matang banyak benar fikirnya, sebab sudah merasai jatuh dan bangunnya dalam hidup. Ia sudah merasai manisnya gula dan masinnya garam di dalam buku kehidupan. Sudah terfikir apa yang boleh dan tidak boleh di dalam pergaulan. Adakah baik dan buruk kesannya. Sebab itu katanya banyak berkias. Jika menegur ia menyindir. Jika terlalu marah ia menjadi diam dari biasa.

Orang yang matang tidak berfikir untuk diri sendiri sahaja. Tetapi dilihat apa natijahnya kepada orang lain. Untung dan rugi dikirakan, besar atau sedikit mudaratnya, disesuaikan pula dengan suasana, keadaan dan zaman.

Dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Telah bersabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam : Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya " Hadith hasan riwayat Tirmidzi

Islam mengajar kita untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia yang menghabiskan umur dan masa secara percuma. Kehidupan perlu diisikan dengan perkara yang dapat memberi manfaat kerana orang yang matang bukan sahaja berfikir untuk waktu sekarang, tetapi sehingga di alam akhirat sana.

Ilmu, Akhlaq dan Kematangan

Lihatlah, adab remaja dan diri di zaman ini. Masih adakah santunnya kepada orang yang lebih tua apabila bercakap? Masih rajinkah memberi salam dan senyum? Ilmu semakin tinggi adakah menjadikan diri semakin menunduk atau mendongak langit? lalu berjalan dengan sombong dan bongkak sedangkan siapalah jika diperkirakan hakikat diri, siapalah diri kita sebenarnya di hadapan ALlah berbanding orang lain (yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya).


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALlah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri (Surah Luqman 18)


Lihatlah, di zaman ini terdapat juga insan yang berani menuduh tanpa bukti, tidak diselidiki benarkah tuduhannya kepada orang atau golongan yang lain. Tidak memikirkan kesan dari percakapannya dan perbuatannya.

Mungkin agaknya ia lupa apa yang disuruh ALLah :

Surah Al-Hujuraat ayat 6, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".
ALLahu ALLah...

Matang Dalam Membuat Keputusan

Ada juga yang suka berfikiran singkat, keputusan hendak segera tanpa ditimbang buruk dan baiknya. Ada juga apabila yang sudah memegang jawatan atau urusan yang penting segalanya hendak baharu. Tidak pula membuat kaji selidik, bertanyakan dengan orang yang lebih tahu, tidak mahu bermesyuarat agar setiap tindakan dapat diteliti dengan lebih mendalam. Katanya zaman dahulu biarkan berlalu, sekarang adalah zaman kita, pendekatan perlu berubah mengikut masa. Bahkan lebih dari itu terus dihapuskan sahaja tatacara dan budaya walaupun ia adalah baik untuk masa hadapan. Lihat sahaja hukuman rotan kepada anak murid. Keputusan guru diharamkan dari merotan dan diserahkan kepada 'tiga tangan' iaitu guru disiplin, guru penolong kanan dan pengetua.

Segala masalah berkaitan akhlaq pelajar diserah bulat-bulat kepada kaunselor sekolah. Akibatnya ramailah pelajar yang semakin kurang ajarnya. Semakin hilang hormatnya dengan guru apatah lagi didukungi oleh ibu dan ayah yang tidak boleh anaknya 'dijentik sedikit' walaupun tujuannya untuk mendidik dan membetuli sikap yang salah. Padahal dalam menyelesaikan masalah pelajar ada masanya diperlukan rotan untuk mendidik. Ada masanya perlu dinasihati, ada masanya perlu juga dikuarantin. Setiap satunya mempunyai kekuatan tersendiri. Alangkah baiknya jika ketiga-tiga ini digabungkan agar lebih efektif.

Pelajar merokok, berapa ramai yang 'makan nasihat' dengan diberi kaunseling? Pelajar yang mencuri, mengaibkan guru, dan kesalahan yang berat berapa kerat yang mengubah diri hanya dengan menghadiri sesi kaunseling semata-mata. Sedangkan apabila dilihat dalam Islam sendiri hukuman rotan itu wujud (contoh dalam hukuman zina lelaki dan wanita yang belum berkahwin serta minum arak) antara lain untuk memberi rasa insaf, gerun dan untuk mencegah bukan sahaja kepada diri pelaku kesalahan malahan untuk orang yang menyaksikannya.

Dan kini, akibatnya masyarakat juga sendiri yang merasa bahangnya.

Begitulah.. serba sedikit perihal kematangan.. Apa ruginya jika kita berfikir berkali-kali, belajar memahami, bertanya dahulu sebelum bertindak?

Pengalaman dan perjalanan kehidupan akan mengajar kita erti kehidupan secara praktikal. Apabila memerhatikan orang lain di samping memuhasabahkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik serta dapat menerima kata-kata, teguran dan cemuhan orang lain, insyaAllah dapat mematangkan diri ini.
sikap matang seseorang kita lihat apabila dia mula berhati-hati dalam mengeluarkan kata2 dan bijak dalam menguruskan masa.
mengurangkan semua hiburan2 yang bersifat duniawi sebaliknya banyak membincangkan hal2 dan masalah2 ummat islam sekarang yang kita lihat semakin parah. 
mudah dan berlapang dada untuk menerima sebarang teguran.


JadI!
~ayuh kita semua jadi lebih matang untuk mendaulatkan Islam~
*pesanan untuk diri dan sahabat2*
wallahua'alam~
~mereka matang tak mengira usia,kita???hmmph,fikir2lah~

Monday, November 28, 2011

~ 28 Nov 2011, Isnin ~

Bismillahirrhmanirrahim...

Alhamdulillah, menjelang tarikh di atas, Cg Hj Mohd Fadzilah bin Mohd Ibrahim,abah, berusia genap 49 tahun~
Dan seiring usianya, abah sudah selama itu mendidik aku dengan kesungguhan yg teramat( abah,i could see that)~
Shukron ya abi, kerana alhamdulillah telah berusaha membesarkan aku dan meletakkan diriku pada tahap yg boleh dibanggakan olehmu~
Namun abah,aku hanya seorang anak yang tidak lepas dari mengingkari arahanmu samada dalam keadaan aku sedar ataupun tidak~ 

~ maafkan keterlanjuran kata dan sikapku selama aku bergelar anak ~
Dari kecil lagi abahlah yg ku lihat tabah menghadapi ujianNya demi memastikan anak2 tidak lemah dan sentiasa bersemangat menjalani hari2 yg mendatang~

Izzah sayang abah, ummi~ tapi perkataan itu tidak mudah untuk diucapkan...malukah? atau ego?
Hmmphhh, yang pastinya kalian sentiasa dalam doaku,iAllah~

<   Sanah Helwah abah tersayang!   >

erm, disebabkan abah tidak menggemari kek, jadinya izzah kasi abah agar2, feberet abah kn~ hehee
pilihlah mana2 satu, banyak tuh~


hmmph, sampai sini je la kot~
terima kasih atas semua bakti yang telah kalian curahkan untuk kami anak2mu~
saya sayang abah, ummi! wallahu'alam~

Monday, November 14, 2011

~ Pelangi Kehidupan ~


Bismillahirrahmanirrahim ~
Assalamu'alaikum w.b.t.~

Subhanallah ~ aturanNya, pelangi mungkin muncul selepas hujan yang lebat~
Sama seperti manusia, yang juga makhluk, akan diuji untuk diberikan hadiah yang istimewa~
Allah mengasihi makhlukNya dengan bukti ujian ~

Persoalannya : Kenapa kita susah untuk istiqamah???
Adakah perasaan ini juga satu ujian??? Tepuk dada tanya iman ~
Bukankah iman manusia ini ketetapannya turun dan naik?
Jadi wajarlah diturunkanNya ujian bagi kita hambaNya untuk meningkatkan lagi iman~

Sudah jelaskah perkaitan antara ujian dan iman?
Mengapa perlu dipersoalkan lagi tentang mengapa insan sukar untuk istiqamah~
Salah siapa jika kita membiarkan iman kita turun dan naik?

Salah ibubapa tak pandai mendidikkah?

Atau salah cikgu tak pandai mengajarkah?

Ataupun mungkin salah sahabat2 tak mengingatkan?

Salah kita! Siapa suruh kita ikut kata hati? kata nafsu? bisikan syaitan?
Ada ibubapa, guru2, sahabat2 kita suruh kita tinggalkan perkara sunat tu? Agak Mustahil!

Untuk apa Dia membiarkan kita hanyut sebentar agar meninggalkan perkara2 sunat yang kita selalu buat?
Kerana...niat kita!
Niat kita yang ingin diredhaiNya, setakat mana kita berusaha untuk mencapai matlamat itu?
Dia tidak akan memberikan kita sesuatu 'on the spot' ~
Melainkan mengikut kesesuaian waktu dan keadaan ~
DiujiNya dahulu kekentalan iman kita, untuk mengetahui bahawa benarkah kita benar2 ingin mengecap keredhaanNya~

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Jadi, pandanglah ujian Allah ini dengan positif>>>Allah menguji kerana sayangNya~
Manusia takkan pernah sendirian...kerana Allah sentiasa ada!
Teruskan istiqomah, walaupun payah~
Bukankah jalan menuju syurgaNya penuh ujian? Bersiap siagalah!
Lawanlah nafsumu dan tepislah bisikan syaitan itu, sesungguhnya syurga menunggumu~
Wallahu'alam...selamat bermujahadah!



Sunday, November 6, 2011

~ نشرت قربان ~





Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 : 

Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai tanda bersyukur".



Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)


Alhamdulillah, kita masih berpeluang utk melaksanakan ibadah qorban utk tahun1432 H ni~

Marilah kita sama2 hayati makna asal 'Aidiladha ini~
Sama2 imbau kembali ingatan pada sirah nabi Allah, Ibrahim a.s., Ismail a.s. dan juga isteri nabi Ibrahim a.s., Siti Hajar~
Intisari & pengajaran dari sirah nabi Allah ini mengungkap 1000 makna dalam memahami erti sebuah pengorbanan. Dengan memahami maksud sebenar pensyariatan ibadah ini, ia mampu memjadi titik tolak perubahan diri ke arah kesempurnaan.
Tuntasnya, mengikut maksud pengorbanan itu sendiri ialah bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi & sedia berkorban demi kebaikan islam.
Semakin banyak nikmat yang diterima, sepatutnya semakin banyaklah ungkapan syukur meniti di bibir2 insan.semakin kita bersyukur, semakin Allah tambahkan nikmatNya.



Firman Allah yang bermaksud : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu : "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu, & demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Ibrahim : 7)



Disini kepentingan antara kesyukuran & pengorbanan jelas kelihatan apabila Allah SWT m'janjikan tambahan nikmat sekiranya kita semua b'syukur. Sekiranya kita bersyukur dengan menterjemahkannya dalam bentuk pengorbanan. Semakin kita berkorban, semakin banyak kenikmatan yang bakal kita perolehi.

~   sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya   ~

Wallahu'alam  ~

~ Keinsafan ~

Salam ‘Aidil Adha umi,aboh,k.na,nany,asma,irfan dan tak lupa buat  sahABat2 tersayang <3 <3 <3

Alhamdulillah,,,setelah pertama kali dapat berskype dengan umi tercinta =.=
Pertama kali juga aku menitiskan butir2 mutiara dihadapanmu setelah memendam rasa rindu yang mendasari hatiku ini selama sebulan lamanya…UMMI!!!!!~
UMMI!!!!!!!!
Usahlah ummi menitiskan berlian itu dihadapanku… sungguh aku bukanlah seorang anak yang layak di tangisi keharuan… kerana an-nafs ini telah banyak membuatmu menitiskan air mata=.= diri ini terlalu nakal… terlalu banyak menggores, mungkin merobek hatimu ummi… ya Allah, sungguh aku menyesal pernah menjadi anak yang derhaka kepadanya… aku melawan kata2nya ya Allah, aku melengahkan suruhannya malah pernah ku ingkari arahannya, aku meninggikan suaraku padanya ya Allah, aku memukulnya ya Allah kerana kesabaranku yang amat nipis ini, sentiasa menyusahkannya dengan perintah2ku yang mengikut nafsu duniaku ya Allah…masih layakkah aku menjadi anaknya, mencium harum syurgaMu ya Malik, ya Quddus =.= aku menyesal ya Allah, aku bertaubat ya Allah… aku ingin menebus kembali kesalahan2 yang pernah aku perbuat secara langsung mahupun tidak…aku ingin mengiringinya masuk ke dalam syurgaMu ya Allah =.= biiznillah~
UMMI!!!!!!!!!!!!!!!
Allah selamatkan ummi…Allah selamatkan ummi…Allah selamatkan ummiku sayang~
Ummi, berjuta2 terima kasih aku ucapkan kepadamu kerana telah melahirkan aku, anak yang banyak membuatmu termakan hati dengan perkataanku, perbuatanku, mimik mukaku~~~
Alhamdulillah ya Allah, syukurku kepadaMu kerana telah meminjamkanku ummi yang solehah ya Allah,,, 05.11.63, sungguh tarikh itu saksi Engkau meminjamkan dia untuk kami, anak2nya.
Selamat Hari Lahir yang ke-48 UMMIku sayang~
Sungguh tidak aku berbohong bahawa hati ini selalu inginkanmu, sayangkanmu, cintakanmu hampir setiap detik hidupku~
Aku jauh kali ini, untuk memelukmu, mencium dahimu dan mengucapkan bahawa aku cinta padamu… walaupun ummi kata aku anak yang gatal kerana aku hanya meluahkan isi hatiku…malu barangkali ~ sweetnya ummi \(^_^)/



ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAM!

Malam ini sugguh sayu aku rasakan~
Bertakbir raya di bumi soviet union…sepertinya air jernih ini tidak mahu berhenti menitis… mungkin tidak pernah ku hayati ‘Aidiladha sebegini rupa…
Ya Allah, berkatilah kami di pentas komunis ini… jazakillahi khoiron kasiron ukhti2(naqibah2) yang ku kira amatlah bersemangat dalam menjayakan iftar bagi kami muslimah2 1st year di hari ‘Arafah yang dimuliakan ini =.=
Ya Allah, kekalkan lah rasa kehambaan ini dalam hati kami selalu ya Rahman ya Rahim~

SALAM ‘AIDIL ADHA 1432~~~ SALAM ULANG TAHUN KELAHIRAN UMMI~~~
Nurul Izzah SAYANG ummi,Fatimah Abdullah…
And I really2 mean it…
Just 4 U ummi~


 كل عام وانت بخير
WALLAHU’ALAM~~~WASSALAM ~~~

Friday, October 21, 2011

~ Chittiri Sizona ~

Bismillahirrahmanirrahim…^-^]]]
Mesti ramai yg tertanya2 ape ke bende aku tulis ni kan?

Maksudnye chittiri=4, sizona=musim,,,[ 4musim]~

Ingat lagikah shABt2 bagaimana terjadinya fenomena ni? Mesti la shABt2 ingat sbb kite pernah blajar pasal ni mase form3 dalam subjek Geo~ Antum semuakan hebat2 (^-^)]
Pernah x shABt2 dengar, pasal org2 yg tggal di negara 4 musim ni lebih kreatif? ~
Kenapa??? >>>searching...heh.>>>
<<<search result in ‘computer’.heh.<<<
Secara logiknya, mungkin kerana mereka perlu memikirkan bagaimana nak adapt dengan suasana tu. Cara berpakaian, pemakanan, bersukan dll. Jadi, mereka perlu lebih kreatif utk me'maintain'kan tahap kesihatan tubuh mereka kan?
Dan dari ke'kreatif'an ini,maka lahirlah kepelbagaian budaya dan bangsa… ini penting bagi kite seluruh umat manusia utk me'variasi'kan bumi ini… dan suratan inilah juga yg membolehkan kite semua berUKHUWAH…
Sebagaimana Allah telah berfirman,mafhumnya...

“Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali…”(49 : 13)~
Da nampak pointnye kt situ kan? (^-^)~
Point* (spring,summer,autumn,winter)=UKHUWAH.(^^,)statement budak2
Berukhuwahlah kite walau di mana sekalipun diri kite diletakkan… bkn di Malaysia shj yerk (^^,)~
Sebenarnye nk tulis pasal benda lain yg berkaitan dengan 4 musim ni, tapi dah jadi lain… mungkin da ditetapkan olehNya belum tiba masanya lagi utk aku menceritakan hal tersebut(cam serius jek bunyi en?hehee)… maka diilhamkanNya aku utk menulis entry ini…
Sesungguhnya Dialah sebaik2 perancang~
Dan kite tdk lain dan tdk bukan, hanyalah… i n s a n ~~~
~   Da svidania, Salam Ukhuwah, Wassalam   ~
*Da svidania= sehingga bertemu lagi

Thursday, October 20, 2011

~ Salam Tarbiyyah ~

~     TA'ARUF     ~

ASSALAMU'ALAIKUM w.b.t, Salam Ta'aruf kepada semua blogger2 dan pembaca2>>>
Nama diberi sejak dulu, kini dan selamanya, insya-Allah,
Nurul Izzah bt Mohd Fadzilah ('',)]
~ erm, juz col me as my name [ izzah fadzilah ] bkn tikuh atau panda yerk ~
klu awok mung bace ayak aku ni eh, mesti tau doh aku oghang negeghi ane opp?~ni la asal aku,ganung~tapi penah la stay kat klntan kejap~
naturally, aku bkn lah 'budak baik' tapi masih dlm proses TARBIYYAH ke arah tersebut~~~ almaklum la aku ni bdk smk agama,,,tapi perangai~masya-Allah...Allah saja yg tahu(''~)]
~ andai penglibatan aku dlm dunia blog ni me'lagha'kan,,,aku mohon diperingatkan ~
Ye la sebab manusia ni pelupa (nisyan la katakan)...lagipun ingat-mengingatkan ni kan dituntut~~~
"...berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran"(103:3)
Sebenarnya aku tulis blog ni bkn la utk memaparkan kisah hidupku atau menceritakan setiap yg aku lalui(ayat sdey la pulok.hehe)
juz nk share apa 'pro n con' sesuatu perkara tu berlaku...hmm(^-^)]
Dah2la melalut tu Izzah...ok2, aku baru habis menamatkan riwayat usiaku di matrik, dan insya-Allah sekarang dah masuk u pun(^^,) da besar da pun anak umi ngan aboh ni(^^,) satgi habis belajar nak kawin da...haha~
Wa akhiron...aku doakan semua muslim2 dan pembace2 akan berjaya n bahagia sampai syurga-Nya, insya-Allah...smoge blog ni memberi manfaat pada semua~
~ Bukan kuantiti follower yg di kejar,tapi kuantiti iman di dada jadi rebutan!AllahuAkbar x3! ~
SELAMAT MEMBACA~ Salam Ukhuwah,Salam Perkenalan.