Friday, November 6, 2015

Twinning BLOG! Uraaa!!!

Salam alaikum pembaca yg budiman!

Utk makluman para pembaca, sy create satu lagi blog atas sebab2 tertentu. Tapi insyaAllah sy akan cuba manfaatkan kedua2 blog ni. InsyaAllah.

So korang boleh la try usha blog baru kitew hew3;
cahayanatrah313.blogspot.com

Ok la. Gtg! Banyak topic lagi tak cover ni. Esok lusa nak grad barulah ternganga nyesal tak sudah...kuikuikui

 Adios amigos! Ilalliqo'!

Wednesday, February 11, 2015

Peluklah rail tu kemas-kemas!

10/02/15; Moscow, Russia.

"Что такой?"
"shto-takoy?"
"Apa yang sedang berlaku?"

"Еммм...я тоже не знаю, есть мальчик там. Он не хочет ВСТАВАТЬ. А сейчас охрана помагает."
"Emmm...ya tozhe nie znayu, yest malcik tam. On nie khocet vstavat. A seicas okhrana pomagaet."
"Emmm...saya juga tak tahu, ada pemuda disana. Dia tak mahu bangun. Dan sekarang ada pengawal sedang membantu." _________________________________________________________________________________



Jadual untuk sem baru ni taklah berat dan padat sangat. Tapi badan rasa semacam je 2, 3 hari ni. Macam tak bermaya. Totally weak. Usai kelas, aku dan Nad terus ke tingkat paling bawah untuk mengambil winter jacket kami. Melangkah pulang. Kelas di tingkat lima, jadi aku lebih selesa menggunakan tangga untuk naik dan turun. Berbeza dengan Nad, dia lebih gemar menggunakan lif. Tapi aku faham, dia diuji dengan nikmat kesihatan tubuh badan. Apa2 pon, alhamdulillah ala kulli hal.


Hari ini kami memilih untuk menukar line metro di bahagian Biblioteka Imeni Lenina dan ke line rumah kami, Borovitskaya (grey line). Malas nak tukar 2 kali sekiranya kami memilih untuk transit di Park Kultury, seterusnya ke Dobryninskaya dan menukar ke line kelabu, Serpukhovskaya. Jam baru menunjukkan pukul 12.45 tengah hari. Aku kira, kami akan mendapat tempat duduk sepanjang perjalanan pulang nanti. Dalam 50 minit juga jarak masa dari Biblioteka ke Ulitsa Skobelevskaya. Balik cramp lah kaki kalau berdiri je. Tak dapat bayangkan kalau umi dan abah nak datang Moscow, kena berdiri hampir sejam. *Nanges





bulatan2 tu menandakan nama stesen yang disebut. kelas di sportivnaya.

"Pehal lama sangat train ni?" Aku mengeluh selepas menunggu selama 3 minit. Sebenarnya sistem pengangkutan bawah tanah(metro) di Moscow sangatlah efisyen. Hampir 9 billion penduduk Moscow menggunakan public transport setiap hari. Setiap seminit akan ada train yang singgah mengambil penumpang. Paling cepat 30 saat train akan datang dan paling lambat pon 2 minit lebih sikit. Berbeza sangat dengan malaysia. Jadi, bila delay macam ni, tahulah pengguna bahawa train ada masalah ataupun ada kes lain.
"Weh, semua berkerumun kat hujung tu." Nad memangkas lamunanku. Serentak, kami tunduk dan mengintai apa yang ada kat tengah rail. "Owh, tu pasal train duk static je. Naiklah abang oiii..kami nak balik ni..Sudah2 lah berdrama.." Kecik besar kecik besar mata kami. Silau dengan lampu train. "Abang tu buat drama lak. Boleh dia peluk rail tu. Sampai pak guard takleh angkat. Dengar tak ada suara perempuan cam bercakap dengan dia? Bini dia kot na?" Kami beranggapan sesama sendiri. "Itulah, bila pegangan agama tak kuat, suka hati dia je nak bunuh diri. Orang yang kat hospital tu bersabung nyawa nak teruskan hidup. Ish3. Na'uzubillah."





Nampak tak semua orang pon nak mengendap. Aku dah la 'comel' je saiz. so, terpaksalah melutut.

"Что такой?" Tetiba makcik sebelah tanya lepas aku bangun membetulkan urat. Lenguh rukuk, melutut. Naseb tak sujud je kat tepi tu. Kalah Romeo. Ofkos, sebab aku Juliet. Haha. Ok melalut. Tercengang-cengang aku menjawab "Еммм...я тоже не знаю, есть мальчик там. Он не хочет ВСТАВАТЬ. А сейчас охрана помагает." Aku hadiahkan senyuman. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham dengan ruski(bahasa rusia) aku yang entah apa2.

Akhirnya abang itu berjaya dinaikkan. Nak tahu macam mana okhrana tu buat? Diorang ikat tali kat perut abang tu. Then tarikh ramai2. Nak taknak abang tu terpaksa akur. "Kenapalah dia tak sedar, semua orang risaukan dia, walaupun tak kenal. Russian yang tengok tu semua tak akan biarkan dia suka hati je nak bunuh diri." Kami menyambung perbualan.

Moral of the story; hargailah apa yang anda ada hari ini, kerana diluar sana ramai lagi manusia yang memerlukannya. Dan mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk yang tersayang.

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
-Quran; Al-An'am,6:32.

Wallahu'alam. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri kami sendiri, walaupun pada hakikatnya semuanya datang dari Allah.

Sunday, September 28, 2014

Aku di Sains Hayat...Engkau di Perakaunan

Dengan NamaMu ya Allah. Maha Pengasih. Maha Penyayang.

Benar setiap keluarga punya kisah masing-masing.

"Jalur kehidupan kita semua berbeza. Ditarbiyah olehNya dalam keadaan yang unik.
Lalu, lahirlah kita, yang pasti berbeza dengan yang lain. Proses pembentukan itu, mereka yang lakukan setelah mereka melaluinya. Mereka itulah orang tua kita."

"Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mendidik anak-anak dgn cara yang agak kasar. Atau cara yang tidak disukai. Tapi mungkin mereka merasakan itu yang terbaik. Atau juga mungkin mereka nak kita rasa apa yang mereka rasa semasa mereka dibesarkan dahulu."

Iya, sebahagian dari aku yang hari ini adalah contengan ibu bapaku hari semalam. Sebahagiannya lagi contengan pengalaman dari sahabat2, guru2, kawan2 masa kecil, etc. senang kira contengan dari mereka disekelilingku dan aku tentunya.

_______________________________________________________________________________

Aku ditanya tentang salah satu perkara besar yang berlaku dalam hidupku. Ya, boleh jadi perkara itu mendatangkan pahala dan boleh jadi juga mendatangkan murkaNya. Astaghfirullah wa nauzubillahi min dzalik.

Dia. Sahabat. Teman. Saudara. Guru. Motivator. 
Dia yang aku maksudkan bukanlah ibu atau bapaku tapi sahabatku.
Jelas bahawa ibu bapaku tiada tandingan dan tiada galang gantinya.

Sahabat, satu hal yang tidak dapat aku nafikan, kau merubah sebahagian besar hidupku. Yang baik, insyaAllah aku bawa sehingga ke saat ini, dan yang buruk itu, aku buang jauh2, aku mohon Allah agar lindungi aku dari kebusukannya.

Pernah aku kau tanya, apakah perkara yang membuatkan kita pernah rapat satu masa dahulu dan apakah pula perkara yang membuatkan aku menyepikan diri darimu setelah itu untuk beberapa ketika.

Sudah ku jawab bahawa kesudianmu membuka cerita hidupmu kepadaku hatta kita tak pernah jumpa pun sebelum itu, itulah penyebabnya. Kau pinjam bahuku, kau pinjam hatiku, kau pinjam semangatku. Kau luahkan semua. Dan disitulah terjalinnya persaudaraan kita.

Untuk jawapan kepada persoalan mengapa aku menjauhkan diri untuk beberapa ketika, jelas bahawa dalam persahabatan kita ada konflik yang mengancam. Ku akui, konflik yang aku undang. Maafkan aku teman. Aku tahu sakitnya hatimu ketika itu. Tapi aku tak berdaya mengelak ujian itu. Semua berlaku atas izinNya namun ia adalah kesan dari keputusan yang aku ambil ketika itu. Walau aku tahu matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Astaghfirullah.  Moga Allah yang Maha Penerima Taubat menerima taubat kita semua.

Aku mendiamkan diri atas dasar muhasabah. Aku pemula perkara itu dan akulah yang bertanggungjawab untuk membersihkan semua. Tapi atas pertolonganmu juga. Kerana aku tak mampu lakukannya sendiri. Aku koreksi diri atas dosa yang telah aku lakukan, matlamat hidupku yang telah aku cemarkan kesuciannya melalui jalan mudah yang nyata mengundang dosa. Diamku juga kerana aku melihat kesan dosa yang aku lakukan. Tempiasnya bukan atas hidupku semata tapi juga kepada keluargaku sendiri dan hidupmu juga,teman.

Aku diam untuk tidak menjadikannya lebih teruk. Aku mula merancang hidupku sekali lagi setelah aku gagal dengan ujianNya yang lalu. Untuk bangkit itu amat payah, namun Dia berikan aku secebis kekuatan untukku bangkit. Jujur, Allah telah memadamkan memori2 buruk itu dari fikiranku sehinggalah ketika kau bertanyakan soal itu, aku langsung tidak dapat imbas kembali saat2 yang kau maksudkan dan engkau menjelaskan semuanya secara detail. Dan bau busuk itu kembali aku hidu. Hmmm

Maafkan aku sahabat, mungkin dirimu merasakan seperti aku telah membuang kau jauh dari hatiku. Ketahuilah, namamu dan sahabat2 lain masih menjadi isi doaku. Kalian pembimbing aku waktu itu, mana mungkin aku lupakan jasa kalian. Tapi satu aku minta, jangan kau kenang lagi dosa semalam andai itu tdak membuahkan manfaat walau sedikit pun untukmu dan untukku.

Aku diam juga sebab aku nak kau tahu kita masih punya waktu untuk betulkan semua. Tapi kenyataannya, aku silap. Aku tidak patut diam dan berlalu begitu sahaja tanpa aku memberikan penjelasan.

Dan aku amat yakin denganNya. Kita tidak pernah terlewat untuk kembali sekiranya ajal masih belum menemui kita.
Wallahu'alam.


autumn in my heart...sama2 kita ketuk pintu pengampunan.

Sunday, February 9, 2014

travels when you are young

In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful of All...


The most precious experience i got this winter.

The most priceless trip.

The most thanks to You, my lord Allah ar-Rahman ar-Rahim.

It's an eye and mind-opening journey.

Go and travel.

Think about the greatness of our earth's creator.
eagle-eye view, yeah! 
southern part...there're unseen hills in this photo.

water spring at a local's backyard.

itum-kali valley...with the mineral-rich small river.

.

The mountains,
The lakes,
The water springs.

I'll regret if i'd refuse to go 'there'.

Yup, i admit that it is just unfair to judge.

Go and experience yourself.

The kindness of the people,
The breath-taking view,
The pleasant journey with a very nice host.

The media conspiracy.

It's an amazing 'area of russia' - CAUCASUS!

Wallahu'alam. nofilter-photos.

Thursday, June 6, 2013

Setenang Hijau Ukhuwah Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

"waahhhh, siapa nak stay up malam ni? saya dah 2 malam berjaga tunggu subuh...malam ni turn orang lain la pula ya, saya nak tidur. Selamat malam. Assalamu'alaikum. Minta maaf semua. Subuh nanti kejutkan." sekonyong-konyong beliau terus menyelimuti diri, memejamkan matanya, sambil terkumat kamit membaca doa tidur - bismikallahumma ahya wa amut. Lantas terjatuh ke dalam sleep cyclenya.

Semua sahabat mula mempersiapkan tempat tidur masing-masing. "Good night izzah, esok pagi tolong kejutkan ya, terima kasih." Satu persatu dari mereka syahid, tak tertanggung berat mata, menahan kantuk. "Emm, insyaAllah, night." balasku pendek, meneruskan pembacaan. Membaca melalui ebook sambil mendengar lagu-lagu rentak slow and sentimental. 


ebook yang menjadi renunganku ditemani alunan lagu religi yang touching macink*


After some period, i'm looking around me and wondering "all these faces, they're not my abs, but i'll make sure to make them so one day. Kalau bukan Rusia menyaksikan, tunggu sahaja Malaysia penyaksinya. Jalan ini masih terlalu panjang untuk dijangka hasilnya. Cuma usaha-usaha kecil perlu aku jalankan bagi menambah tsiqah."

Ku sambung bacaanku. At the same time, lagu 'Sebiru Hari Ini' nyanyian Edcoustic menghiburkanku. Terus ku tutup 'buku'ku, membuka blog yang memang lama ku biarkan. Tekadku mencurahkan semua memori semasa di hari-hari mppb ku yang pertama di kmmp, sambil mata tak dapat menahan sedihnya perpisahan, air mata itu menyambung tugasnya malam ini. 

_____________________________________________________
MPPB

Tidak menjadi kebiasaan bagiku meminjam laptop sahabat. Tapi pagi itu, aku yang tidak biasa meminjam mr.lappy sahabatku, kesekian kalinya meminjam untuk mensearching lagu perpisahan. Dan buat pertama kalinya ku mendengarkan lagu SHI. Tiba-tiba hatiku tersentuh. Terasa semacam lagu itu sememangnya sangat tepat dengan situasiku. Teresak-esak aku menghayati bait-bait liriknya, pastinya tanpa dapat dikesan sahabat sekeliling. 

Iya, puncanya jelas, aku sangat pasti bahawa sememangnya amat sukar bagiku selepas ini untuk bersua muka, berliqo' di pagi buta, menyambut pelukan hari lahir, merasai nikmatnya makan bertalam saat poket kosong, merasai ditarbiyyah bersama dan sekarang menjalani mppb bersama ab. Aku tak pernah bayangkan memori ini akan ku bawa jauh luar dari Malaysiaku. 

Dua hari sebelum berakhirnya mppb, aku menceritakan letak duduk perkara sebenar rencanaku selepas program matrikulasi kepada seorang sahabat yang paling dekat denganku. Dia terdiam, terkesima, ku kira terasa dengan kerahsiaanku mungkin. "Kenapa tak pernah cakap pun dengan saya, kamu nak sambung study oversea? Sampai hati. Sahabat lain tahu tak?" Dia menitiskan air hangat dari sungai matanya. Aku ni, dah teresak-esak, meluahkan dengan penuh kepayahan, "Takde sorang pun tahu." Dalam hati dah meracau merasuk, tak nak bagitahu sebab tak tahu macamana nak bagitahu. Aku sedih, pilu tak tahu apa perasaan, tapi ia menyakitkan,SANGAT. Hari itu, aku teruskan dan merenung wajah ab dalam-dalam. Semua kenangan kita, aku bawa, jangan risau sahabat, aku takkan pernah lupakan kalian dan perjuangan kita.

Hari terakhirku di program mppb, ku peluk erat ameerahku yang sangat ku sayang dan sanjung. Tapi aku tak dapat menahan air mata dan pelukanku kejap. "Aih, ni dah kenapa dah ni? Lain macam nangis ni." dengan loghat perak ameerahku menanya. Arghhh, aku kena cakap, dia ameerah aku, yang penting dia sahabat terbaikku. "Ana tak tahu bila lagi kita akan jumpa." Dan aku failed  untuk teruskan bicara. "Await cakap lagu tu? Aish, jumpa lagi, insyaAllah. Ada program kita kumpul balik." Makin kuatla aku nangis. "Await ni Nurul?" hah sudah, kak una dah tanya, apa nak jawab? Last2 sahabat aku memberitahu berita basi terkejut aku tu. Lepas tu, tanpa diminta ameerah ngan kak LA ku memelukku dan mereka join ventureku dengan menangis bersama-sama. "Await Nurul tak habaq awai-awai?" Aku macam sebelum ni, yang memang dah keputusan kata-kata, menyambung tugas membisuku. Tak terucap kawan oii, nak tinggal sahabat sehati sejiwa jauh-jauh tak pernah ku bayangkan. Paling tidak pun, cukup la seberang Laut Cina Selatan. Inikan tercampak menempah tumpang hidup ke negara yang daratannya memakan hampir separuh peta dunia.

________________________________________________
Menyambung ke RUSIA.

"Assalamu'alaikum nurul, tolong faxkan ke pejabat abah keputusan matrik sem 1. SEGERA! Paling lambat esok. Okay? Abah nak cuba apply program luar negara. Assalamu'alaikum wbt." Fuhhh, ringkas, padat dan yang penting SEGERA. Itulah abah, orang yang bagiku paling tersusun, tabah, penyayang dan dalam masa yang sama pendidik anak-anak dengan cara terbaik punya. Dan aku seperti biasa, tak ambil serius tawaran itu, tapi amanah tetap kena jalankan. Pergilah aku mencari HEP paling mesra di abad ini untuk meminta tolong beliau bagi menfaxkan result matrikku. Alhamdulillah, dengan keramahan, keikhlasannya bertugas dan penyayangnya HEPku kepada anak didiknya, beliau berusaha membantuku. Dan alhamdulillah, salinan itu sampai kepada abah. Jasa tuan akan saya kenang, sedia berkhidmat secara percuma untuk tuan dan 'keluarga'.

Sampai disitu pengetahuanku tentang info itu. Dan tak terdetik dihati untuk menanyakan hal itu kepada abah dengan sebab yang jelas, iaitu aku rasa mesti tak dapat punyalah. 

Segalanya, dari A-Z tentang application form tu abah uruskan. Aku yang tak yakin dengan keputusan sem 1 ku, bertambah tak yakin bila merasakan aku tidak menjawab final 2nd sem aku dengan cemerlang. Tapi Allah Maha Tahu, serba tahu. Oleh kerana aku hamba yang tidak tahulah, aku tak bagitahu siapa2.

DAN

Harapan mula terbit pada hari-hari terakhir tugasku sebagai fasi di kmpp. Masa tu, barulah aku sedar, abah membuat suatu yang besar dan serius. Dan betapa besarnya harapan abah pada aku. Juga mula aku rasai kebesaran nama yang kupakai kesekian kalinya, NURUL IZZAH pada keluargaku. 

Kerahsiaan itu akhirnya tersebar ketika aku sedang menjalani program persediaan atau lebih tepat lagi, kursus bahasa. Hampir semua ab mengetahui perancanganku. Ramai yang mengucapkan 'beribu-ribu taniya' dan ramai juga yang mempersoalkan kerahsiaan itu. Akurku dengan susunan Allah, kerana aku sememangnya bukan seorang yang suka bercerita hal dalaman. Sebab itu, aku amat suka bahagian sirr wal hazar dalam tarbiyyahku.

___________________________________________________________
3.40pagi,Moscow,060613

"Allah subuh dah masuk..." kering air mata meninggalkan ketegangan pada mukaku. Aku sudahi coretan rindu kalbuku pada ab dan saat-saat bersama kalian di sini dahulu. InsyaAllah jika berkesempatan, ku sambung lagi lain kali. 

Ana uhibbukum fillah. Fastabiqul khoirot. Fahamilah ab, aku sedang berjuang dengan jalan yang Allah tetapkan. Intima'ku masih sama insyaAllah.

dari sisi jendelaku, 3.50 pagi.

hostel Pushkin, Moscow.
Wassalam wbt.



Monday, February 25, 2013

~ R I N D U . M I S R ~


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wbt sahabat ;)


Entry kali ni agak panjang...harap sabar mencerna ya :) uhibbukum fillah <3


“Jika musafir hanya kerana sebuah destinasi, kita akan lalui banyak persinggahan yang tak sempat dinikmati.Jika kembara kerana mencari erti kehidupan, kita akan temui destinasi untuk dihargai. Manis sepanjang jalan kita kecapi.” c&p dari sahabat terchenta <3

"Bismillahirrahmanirrahim,
Assalam Kembara Sufi, Alhamdulillah tsumma alhamdulillah insyaAllah kami akan berjaulah ke Mesir pada 29/01-07/02/13. Jadi,bila kami akan dapat tentatif perjalanan ye?
Wassalam."

*Your message has been sent.*

Alhamdulillah. 'Ya Allah, Engkau permudahkanlah, jangan sulitkan' monolog Nurul penuh harap pada Rabbnya.

Nurul tersenyum puas. Akhirnya berjaya juga dia menghantar emel pengesahan jaulahnya ke Mesir, ardul-kinanah.

'Hmm, final exam dah dekat, haishhh tapi hati dah selamat tiba ke bumi anbiya'. Haha. Berangan je aku ni' geli hati Nurul memikirkan seolah-olah dia bukan lagi di bumi wakafan Moscow. Terus, srazu tangannya diangkat dan dia meminta agar Allah menetapkan hatinya supaya dia tidak lagi 'lagho' melayan anganan ke Misr sebelum peperiksaan akhir usai.

Dan masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester berjaya mereka habiskan dengan cemerlang kecuali seorang, Diyanah.
"Maaf kak Nurul, saya tak dapat ikut sama dalam jaulah ke Mesir ni. Kena ulang Histologi 2 Februari ni. Tak kena dengan masa kita." sayu dalam tangisan Diya menjelaskan.
"Eh, apakah? Tenang, relax, istighfar. Ini hanya ujian kecil, nanti saya minta kak Kina tolong cakap dengan cikgu Histo ya. Jangan give up dulu. Sabar... sabar... Doakan yang terbaik ya."
Betullah, kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah itu mengatasi kita, hambaNya...
"You can see me after you return from Malaysia, but don't be late." selepas sekian lama Mutkinah memujuk cikgu Histo untuk membenarkan penangguhan ulangan Histo Diya, akhirnya, dengan kuasa Allah Yang Maha Mengasihani, cikgu itu membenarkan. Mutkinah menggunakan alasan bahawa Diyanah akan pulang ke Malaysia pada cuti winter nanti, bohong sunat katanya.
Dan terbukti, perancangan Allah adalah yang terbaik. Bukankah?
"Alhamdulillah, harini 29 Januari, kita akan berangkat ke Mesir, so tajdid niat kita selalu. Doakan semoga musafir kita dirahmati Allah." simple message dari Nurul lalu dia mengira jumlah ahlinya dengan membilangnya dalam hati sambil matanya melewati susuk tubuh dan wajah sahabatnya. 'Bawani... Shiera... Wan Nur... Nadirah... Diva... Huda... Kina... Diya... Babe... wokeyh semua ada' Nurul senyum melihat air muka setiap sahabat yang tak sabar untuk menjejaki bumi Misr. Mungkin mereka semua punya perancangan menarik atau mungkin sedang memikirkan apa yang hendak dibuat setibanya di sana nanti.
Tali pinggang dipasang. Duduk diselaraskan tegak. Handphone diflight modekan. Niat diperbaharui. Nafas ditarik lembut sambil mengangkat tangan memulakan bacaan doa musafir. Allah disebut syahdu bersama hembusan nafas. Allah...

'Ya Allah, walaupun aku hambaMu yang selalu membuat dosa ini bertaubat dan tanpa malu mengulangi dosa itu dan bertaubat dan masih mengulangi dosa, Engkau tetap memberi aku peluang untuk mengembara di bumi anbiya'Mu yang penuh barakah.' Air mata keharuan mengalir lembut menyapa pipi sehingga menitis ke tapak tangannya. Sengaja dibiarkan, dia tenang begitu.

Flight off to Egypt...
______________________________________________________

Bagasi di ambil, mereka mula mengatur langkah mencari ajen Kembara Sufi(KS) yang ditugaskan untuk menjemput mereka dari lapangan terbang. 

Memperkenalkan diri sebagai Ust Muaz, mereka menyusuri langkah beliau untuk mengeluarkan duit Egyptian Pound(LE) pertama mereka.

Tanpa bercakap banyak, dengan keadaan diri yang agak letih setelah berpenat dari asrama ke Airport Domodevo menaiki metro, mengheret luggage menyapu bersih salji-salji di jalanan, terbang ke Mesir dalam tempoh 4 jam, mereka menaiki van sewaan KS ke Restoran Nil, restoran Thailand yang sangat ohsem masakannya. Santapan pertama mereka di Misr, Alhamdulillah. Seterusnya mereka dibawa ke tempat penginapan sementara, Wisma Kelantan yang sangat selesa.

"Assalamu'alaikum, esok ana akan bawa sarapan, entunna sarapan dulu, kemudian kita berangkat ke Sinai, perjalannya agak jauh, entunna dijangka sampai sana waktu malam. Jadi malam ni, boleh siap-siapkan barang sebab entunna ke sana 3 hari. Jangan lupa bawa glove, pakai baju tebal untuk mendaki jabal musa, sana sejuk dan entunna akan mendaki waktu pagi, dalam pukul 1 atau 2, nati akan diterangkan oleh ustaz yang bawa entunna ke Sinai esok." Ust Muaz menghabiskan briefing beliau lalu menyerahkan simkad yang diminta.

"Assalamu'alaikum, ana Ustaz Amir, ahlan wasahlan ke Mesir. Perjalanan kita harini panjang, jadi doktor2 boleh tajdid niat balik, nanti kita akan singgah ke beberapa tempat sebelum ke destinasi kita, jabal Musa. Baiklah, doktor2 boleh mula baca doa musafir. Ana akan terangkan sedikit sebanyak tentang perjalanan kita menuju Sinai dalam perjalanan kita nanti." Taaruf dan simple briefing from ustaz.

Nurul melepaskan pandangan ke luar tingkap, menyapu pemandangan kota Mesir. Tangannya diangkat, memohon ketetapan iman dan dirahmati sepanjang permusafiran ini. Setelah beberapa minit, hatinya tersentuh ketika mentadabbur salah satu ayat surah al-Furqan tentang pemusafir seperti dirinya. Ternyata ayat-ayat Allah cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam bagi mereka yang menghayatinya. Seperti selalu, air matanya diseka sebelum dikesan orang sekeliling.

Duduk diperbetul, dan dia terlelap dalam hafalan 'ibadurrahman.

Entah setelah berapa lama dia menerokai 'alam mimpi, dia dikejutkan oleh satu suara asing.
"Doktor2, kita dah nak masuk kawasan Sinai, akan lalu ikut terusan Suez. Mesir ni sebahagiannya di Afrika dan sebahagian lagi kawasan Arab Saudi." ustaz menerangkan tentang sejarah terusan ini dengan lebih lanjut dan mengaitkannya dengan perjanjian Kem David, dll.

'Allah, aku terlelap? Astaghfirullah.'istighfar hatinya kerana mengingatkan hafalan yang belum pun disudahi. Hatinya menangis lagi. Termenung dia seketika. Lantas kembali ke dunia nyata apabila teman disebelah menyapa.

Meneruskan perjalanan, menelusuri jejak para anbiya'. Mereka ke Taba. Di Taba, mereka dibawa menghampiri Palestin dengan lebih dekat di sempadan Mesir dan negara haram Israel. Perjalanan terhenti di kubu Salahuddin, melihat dari jauh sahaja kerana tiket bot ke sana mahal, kata ustaz, sebelum ini harganya standard tapi sekarang dah mahal, jadi tidak dapat pergi dengan lebih dekat. Melalui sempadan 4 negara, Mesir, Palestin, Arab Saudi dan Jordan.

Malam itu mereka sampai ke St. Chaterine. Jam 2 pagi mereka mula mendaki Jabal Musa. Menakluki puncaknya dalam keadaan yang sangat sejuk, menunaikan tanggungjawab bersolat Subuh di surau kecil yang disediakan di atas puncak bukit itu. Setelah langit kelihatan cerah, mereka mula menuruni bukit. Salji turun mengiringi mereka ketika itu, nikmatnya. Seterusnya mereka menziarahi Maqam Nabi Soleh a.s dan saudaranya Nabi Harun as. Melihat sendiri patung lembu ciptaan Samiri. Kemudian mereka bertolak ke Dahab, destinasi terakhir mereka di Sinai.

Di Dahab, mereka menjadikan Hotel Seahorse sebagai tempat bermalam sebelum pulang semula ke Cairo. Berjalan-jalan di pesisir Laut Merah selepas menikmati hidangan makanan laut yang segar. Keesokan paginya, mereka merasai keseronokan menaiki glass boat yang mempamerkan 'alam aquatik ciptaan Ilahi. Aktiviti mereka seterusnya ialah memandu ATV @crazy bike.

Alhamdulillah, pengalaman-pengalaman yang ohsem. Oh lupa, sempat juga singgah ke kubu terakhir yang ditawan Mesir(kubu bawah tanah) dan 12 telaga kaum Musa. 3 hari kembara Sinai sudah ingin melabuhkan tirai.

Turun ke Sharm El-Sheikh, naik ke Suez dan kami masuk ke Mesir semula. Perjalanan Sinai yang ohsem sangat berbekas di hati Nurul. Namun, disebalik keseronokan yang tergambar, Nurul tidak terlepas dari melakukan dosa, merungut, mengeluh. Terlalu banyak perkara yang dirungutkan. Mengingatkan sifat tidak bersyukurnya itu, empangan Nurul pecah lagi.

"Uishh, sejuk giler kat atas ni, kalah Moscow. Letih la panjat bukit ni, angin pulak kuat" rungut mereka, tidak tahu salahnya ciptaan Allah tu dimana. Tetapi manusia memang kuat merungut, Nurul tidak terkecuali di mulut mahupun di hati cuma. Allah. Sudah dipilih Allah, masih tetap mempersoalankan kejadian-kejadianNya.

Akhirnya, mereka memasuki Mesir, menghala ke Kaherah, menuju ke Wisma semula. Mengambil barang-barang yang ditinggalkan.
"Ustaz, kenapa kena ambil barang? Kami tak stay kat sini lagi ke?" soal seorang sahabat.
"Kita akan ke Darur Rahim. Entunna akan stay sana. Okay ke semua?"
Kami ke Darur Rahim yang dimaksudkan, tempatnya cantik. 'Kalaulah Moscow macam ni, aku rela tak keluar cuti winter.' Monolog Nurul tak bersyukur.
Lupa dia "sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat" -an-Nisa':58

Malam itu, usai taklimat dari ustaz, Nurul dan sahabat membawa diri dan hati masing-masing ditelan rindu Sinai. Sungguh beruntung sebenarnya sesiapa yang dipilih berjalan di bumi Mesir.

Nurul sibuk membaiki hafalan 'ibadurrahman disamping mentadabburnya sekali:

[Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan RENDAH HATI dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka ( dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan 'SALAM'] -25.al-Furqan:63

Mereflekkan semula ayat itu dengan dirinya, Nurul cuba bertenang walaupun hatinya berkocak kuat. 'Aku termasuk dalam golongan 'ibadurrahman ke? Kalau tak, rugilah aku. Takpe-takpe, kata orang cerdik pandai, manusia boleh jadi manusia yang berlainan setiap hari. Ya Allah, jadikan aku orang yang lebih baik. Dan jadikan juga hari esokku lebih baik dari hari ini.' insaf dia dengan teguran dari Rabbul 'Alamin.

"Weh...Ni siapa punya kerja buang sampah tak masuk dalam plastik ni? Panas aku. Adeh.Anak dara macam mana ni?" tapi diakui, Nurul kuat membebel, pedas pula sekali diberinya. Supaya orang tidak mengulangi kesalahan yang sama katanya. Heh. Iye-iye saja. Bukankah ada cara yang lebih baik, nasihat elok-elok, terima ke tidak itu urusan dia dengan Allah.

Biasalah, ukhuwah mana tidak diuji? Sahabat mana yang cukup sempurna? Allah itu Maha Adil, Dia memberikan sahabat yang kalut, baran dll untuk mengajar manusia erti sabar. Mungkin itu yang sangat diperlukan saat itu.

"Harini kita ke Giza, disana ustaz akan terangkan sedikit sebanyak kisahnya. Oh, sebelum ana terlupa, nama ana Muaz."Usai ustaz memperkenalkan diri, mereka mula hanyut dibuai keindahan dan kemeriahan kota Mesir disamping kegusaran menghitung hari pulang.

Perjalanan ke Giza tidak lama. Mereka mendengar apa yang ustaz perkatakan dan seperti biasa, mengambil gambar di Piramid dan Sphinx dengan bermacam gaya. Gaya piramid dalam tangan, gaya sandar badan kat piramid sambil siku menongkat pada piramid, gaya piramid duduk antara ibu jari dan jari telunjuk, gaya tumbuk Sphinx, gaya tembak dll. 'Macam-macam gaya ada, kalau bab bergambar memang kami juara la.' Nurul memerhatikan gelagat sahabat-sahabat sambil gelak kecil.

"Manusia ni, terbatas akalnya. Jadi, sebab mereka nak sangat gambarkan kekuatan firaun dulu, mereka binalah Sphinx ni, kepala firaun, badan singa." Antara isi kecil dalam penerangan ustaz.

Melihat betapa ramainya pelancong di Giza, Nurul menghitung, adakah dia termasuk dalam kalangan mereka yang mengambil ibrah? Kemudian dia mengeluh dalam istighfarnya pada Yang Satu.

Sebaik sahaja dia menyudahkan penghulu istighfar dalam hati, terdengar 'khomsah genih.' beberapa kali disebelahnya. Tersenyum sendiri dia melihat kesungguhan budak dalam lingkungan usia 7 atau 8 tahun itu menunjukkan poskad yang dijualnya.

"wahid, isnain, salasah..." adik itu mengira poskad dihadapan Nurul, lalu disambung Nurul kiraan budak itu. Sama-sama mereka menghitung,"arba'ah.....'asyara". Memang ada 10 poskad dalam sampul surat kecil saiz poskad itu. Tapi Nurul tidak berminat, malahan sahabatnya juga langsung tidak menunjukkan respon untuk membeli poskad itu. Kesian budak itu, bersungguh benar dia, dari seorang ke seorang dia mempromosikan poskadnya. At last, Nurul menyesal sebab tak membeli sahaja poskad-poskad itu. 'Bukan mahal pun sebenarnya, RM2.50 untuk 10 poskad. Murah tu. Kalau beli tadi, boleh bagi kat kawan-kawan. Boleh buat kenangan. Aduh, Nyesal sekarang dah tak guna. Bukan rezeki aku dan budak tu kot. Allah. Astaghfirullah, merungut lagi.' Tapi dia tetap berlagak cool kononnya, walhal hatinya dah tak keruan.

Meneruskan langkah, menuruti jejak ustaz, mereka menuju ke destinasi seterusnya, Asfour Crystal. Membeli kristal untuk keluarga, dan seterusnya mereka makan tengah hari di kafe Dewan Mahasiswa Abasiyyah Kaherah(DMAK) atau dulunya terkenal dengan panggilan ARMA. Tapi masih ramai yang memanggilnya dengan panggilan ARMA.

"Eh, ada jual rotcan frozen la. Boleh ke nak tempah? " seorang sahabat bertanyakan ustaz tentang roti canai yang dijual. Berlakulah sesi soal jawab dengan adik di kaunter bayaran tu. "Alhamdulillah, bolehlah merasa rotcan kat Moscow." kata Nurul sambil tersenyum puas. Senyumannya meleret sehingga keluar pintu kafe. Lalu ditegur sahabat, "senyum seorang tu bahaya." Makanya, semakin melebarlah senyuman bahaya Nurul, dihadiahkan untuk sahabat yang menegur itu.

Haluan van menghala ke Pasar Hussin atau nama lainnya Pasar Khan Khalili. Mula-mula mereka menziarahi masjid al-Azhar. Masjid itu sangat besar dan cantiknya awesome. Berbentuk petak sama, mempunyai ruang tengah tanpa atap yang luas, dikelilingi bilik-bilik atau ruang-ruang yang giat menjalankan aktiviti, ber'ibadah kepada Allah, tuhan sekalian 'alam. Mereka sempat meninjau kawasan dalam salah satu ruangan dimana di sana sedang berlangsung kelas talaqqi. Mereka masuk ke ruang utama solat, lantas menyempurnakan solat sunat tahiyyatul masjid.

Selepas itu, mereka menyelusuri Pasar Hussin, hanya meninjau dan mark kedai mana yang hendak dituju next time bila datang semula sebab mereka perlu pulang segera ke kediaman. Sebelum pulang, sempat mereka menunaikan tanggungjawab kepadaNya di Masjid Hussin.

Esoknya, musafir mereka bersama KS menuju Iskandariah, kota kedua terbesar selepas Kaherah. Menghala ke utara Mesir, menjadikan kawasan indah berlatarkan lautanNya sebagai destinasi mereka. Melawat Taman al-Montazah, dimana terletaknya Istana Raja Farouk. Mencuri masa sedikit untuk berusrah dan bertaaruf, berlantai rerumput, beratapkan langit Ilahi, berdinginan dalam sapaan bayu lembut.

Perjalanan yang insyaAllah dirahmati itu mereka teruskan pula ke Kubu Salahuddin yang masih gah berdiri di pesisir Lautan Mediterranean. Dalam perjalanan menuju ke kubu, mereka berhenti seketika di Perpustakaan Iskandariah yang merupakan perpustakaan terbesar di Afrika. Tiba ke destinasi yang dihajati, kubu menjadi saksi pertemuan Nurul dan sahabat dengan sahabat-sahabat mereka yang belajar di universiti sekitar Iskandariah. Terpancar riak gembira dan bahagia di wajah mereka. Sungguh pertemuan keranaNya tidak pernah mengundang kekecewaan, sentiasa membahagiakan.

Mereka menunaikan solat di Masjid al-Abbas dan mengatur arah ke Mansyiah. Disini mereka menjamu makanan laut yang segar. Dan selepas itu, sudah pasti datang waktu perpisahan mereka dengan sahabat Alex. Usai melepaskan pautan rindu, mereka mengundur diri pulang ke Kaherah.

Malam mereka dihayati. Menyiapkan diri menghadapi hari esok. Seharian mereka mengembara Iskandariah yang tenang, menyebabkan mereka keletihan.

Keesokan harinya, Nurul dan sahabat dibawa melawat maqam ahlul bait. Firstly mereka menjejak ke Maqam Sheikh Soleh al-Ja'fari, then Maqam Saeida Zainab, Saieda Nafeesah, dll.
"The main point dalam kita menziarah maqam ni adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian. Seterusnya bertawassul meminta doa kepada Allah." ujar Ust Faiz ringkas. Beliau ditugaskan untuk menjelaskan tentang maqam-maqam.

Satu ketika Nurul terfikir, 'dalam hitunganku dah banyak maqam yang dilawat, tapi ke mana hilangnya zuk atau feel semasa ziarah? Terkadang hati ni sangat susah untuk menjiwai 'amal yang dilakukan. Kenapa?' soalnya ringkas. Tepuk dada, tanya iman.
'Tajdid niat Nurul. Ingat apa yang nak dicapai asalnya. Jangan duk 'lagho' dengan perasaan dan bisikan halus.' Nurul mengingatkan.
Perjalanan mereka disudahi dengan shopping di Khan Khalili.

Hari berikutnya mereka ke Fayoum. Nurul dan sahabat menjamu keropok lekor goreng yang dibelikan ustaz sebagai alas perut pagi itu.Usai sarapan Nurul menjamu pula panorama yang disajikan sepanjang perjalanan itu. Pagi itu, keadaan di luar agak berkabus, terutamanya ketika melalui jalan di tasik Qarun. Sukar untuk Nurul membezakan dimanakah garis pemisah antara langit biru dan tasik. Apa yang terlihat seolah-olah langit dan tasik itu bersatu. Ajaib sungguh ciptaan Ilahi. Angin dingin yang bertiup pagi itu menambahkan damai ketenangan di hati Nurul.

"Fayoum ni asalnya dari perkataan Arab, alfun dan al-yaum, alfun membawa erti seribu, manakala al-yaum memberi makna hari, maksudnya seribu hari. Tapi bila dah diulang-ulang sebutannya, jadilah al-Fayoum." terimbau Nurul pada penjelasan ringkas Ust Amir masa di Sinai dahulu tentang Fayoum ni. Tersenyum Nurul bila rakaman itu diputar kembali. Terasa bagai mahu terus di Sinai, suasananya yang tenang, kedinginannya yang mendamaikan, membuatkan dadanya lapang selapang jelapang padi di Kedah.
Kedah...Nostalgia betul dia dengan negeri hijau itu, terimbau kenangan ketika dia menuntut di matrikulasi di Pulau Mutiara dulu setelah menyelesaikan SPM di smka di Terengganu, satu-satunya tawaran yang dia dapat adalah menyambung ke matrikulasi, sebak dia dalam syukur kerana dia tahu Dia punya rencana terbaik. Perjalanan antara Terengganu ke Pulau Pinang melalui kawasan padi, memandangnya takkan pernah mengusutkan malah merungkaikan kekusutan. Di matrik itulah dia mula mengenal tarbiyyah. Mula mengikuti jemaah dengan serius yang membina kekuatan dalaman dan luarannya. Dia mula menyedarkan diri, untuk berfikiran lebih matang, memandang sesuatu dengan kaca mata Islam supaya jahiliyyah itu dapat ditewaskan, menyimpan kemas sifat manja dan suka merengek, dia berusaha untuk kuat. Rindu, ya itulah perkataan yang sarat dijiwanya. Entah untuk kali ke berapa sungai matanya bertakung lagi dengan air jernih. Nurul beristighfar panjang mengharapkan supaya hatinya terus tsabat di jalan juang ini. Dia sedar, dia perlu bekerja untuk Islam dan dia sedar berat amanah yang dipikul. Terutamanya da'wah kepada ahli keluarganya yang tercinta dan sahabat.
"Da'wah itu perlu dibuat walau dimana sekalipun entunna berada, sesukar manapun saat itu dan hendaklah entunna berda'wah secara berjamaah." Terngiang-ngiang kata murabbi di corong telinganya. " Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, bahawa beliau bersabda: "Barangsiapa keluar dari ketaatan dan tidak mahu bergabung dengan Jamaah kemudian ia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah." sambung Kak Mas, murabbinya yang sangat lembut, bicaranya mudah menyelinap masuk dan kekal bersarang di hati. 'Ya, walaupun aku sedang berjaulah, da'wah dan jamaah itu takkan pernah aku tinggalkan. Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, aku mohon dengan sepenuh pengharapan agar Engkau menetapkan hatiku. Jauhkanlah aku dari keterikatan dengan dunia.Amin.' Rintih hati kecil Nurul.

"Tengok kat luar, tu pokok rendang tu pokok zaitun, tu pokok bawang, tu rumput untuk bagi makan keldai, tu pokok anggur yang dahan dia keatas dan menjalar ke pokok sebelah." Ketika melalui jalanan sempit menuju temple of Qaroun, bersungguh ustaz menunjukkan kami tanaman yang dilihat dengan gaya dan tangan yang dihalakan ke arah tanaman yang dimaksudkan.

"Oooohhh...ooohhh...ooohhh" itu sahaja jawapan respon mereka kepada setiap tanaman yang ustaz tunjukkan. Nurul masih memandang ke arah tanaman-tanaman yang dimaksudkan tadi. Ustaz sudah kembali senyap di sisi pemandu. Van meneruskan perjalanan.

Tiba di temple, 'oh, kecil saja binaannya.'gumam Nurul.

Setelah itu mereka dipelawa masuk dan penjaga temple menerangkan cerita-cerita tentang Qarun dan binaan itu. Mereka menerokai binaan itu sehingga dibawa ke bahagian yang paling atas. Dari atas, mereka ditunjukkan kesan kota yang Allah tenggelamkan. Allahu akbar. Ustaz terus menerangkan kronologi tentang kisah Qarun yang tercatat dalam al-Quran. Nurul menghala dan mengfokuskan pandangannya ke arah madinah yang ditelan bumi. Dia beristighfar lagi dan berdoa dalam hati agar dijauhkan dari sifat tamak dan tidak bersyukur seperti yang dilakukan Qarun. Tidak lupa dia berdoa agar kematiannya dalam husnul khotimah, kerana dia sedar bahawa kematian itu dekat dan semakin menghampiri, harapannya semoga dia bersedia menyambut kematian itu.

Teringat dia tentang wasiat yang telah siap ditulis dan sentiasa dikemaskinikan dalam laptopnya. Belum diberitakan lagi pada ahli keluarganya tentang kewujudan wasiat itu, semoga dia sempat memberitahu mereka tentang wasiat itu. Wasiat itu ditulis bukanlah kerana dia selalu meminta Allah menarik nyawanya awal, tapi kerana memahami hakikat manusia ini bukan selamanya di 'alam dunia dan juga untuk mengingatkan dia tentang kematian.

Menjamu selera di Primo, restoran ala-ala Pizza Hut. Kemudian meneruskan kembara ke tempat dimana terletaknya kincir air yang digunakan semasa zaman Nabi Yusuf as.

"Dulu masa Nabi Yusuf dalam penjara, baginda selalu menafsir mimpi, 'ilmu dan hikmah dari Allah. Dan perkara ini diketahui raja yang ketika itu sedang mencari sesiapa yang pandai dalam menafsir mimpi. Lalu diberitakan oleh tahanan tentang kebijaksanaan Yusuf as dalam menafsir mimpi. Yusuf dipanggil setelah beberapa cubaan oleh ahli nujum menemui kegagalan. Dan dengan izin Allah, Yusuf berjaya menafsirkan mimpi bahawa Mesir akan dilanda 7 tahun musim hujan dan 7 tahun musim kemarau. Lantas Yusuf as menasihati supaya mereka menanam dan menyimpannya untuk menghadapi musim kemarau itu. Sebab itulah dibinanya kincir air ni." Panjang lebar ustaz menjelaskan.
Van telah sedia menunggu mereka untuk pulang ke Kaherah sekaligus mengakhiri pengembaraan mereka di Fayoum. Mereka tiba di Kaherah agak petang. Sepatutnya mereka menjelajah Fayoum lagi, tetapi kerana masalah minyak, mereka terpaksa balik awal bagi mengelakkan kehabisan minyak ataupun mereka terpaksa bermalam di Fayoum dan esok pagi beratur panjang menunggu giliran untuk mengisi minyak yang terhad.

Badan Nurul agak letih malam itu. Sukar untuk dia menahan kantuknya. Lantas dia lena dalam bacaan al-Mulk dari mp3 yang 24 jam dipasang ke telinganya.

Bangun di awal pagi, mempersiapkan diri dengan semangat yang lemah. Hari itu adalah hari terakhir kembaranya di bumi anbiya'. 'Ah, andai dapat ku hentikan masa. Biarlah 9 hari ini yang diputarkan selalu. Haishhh.'keluh hatinya kerana cengkaman Moscow makin terasa. Memutarkan ingatan pada post sahabat yang baru balik dari berjaulah di Turki, gambar yang di attachkan cukup untuk menggambarkan kesejukan bumi soviet itu. Salji di lapangan terbang, sudah pasti suhunya juga serendah kebekuan kapas putih itu. Selesa dengan keadaan dingin-hangat di Mesir, dia terasa tidak sanggup untuk mengangkat kaki dari Mesir menuju Moscow.

Ustaz membawa mereka pusing-pusing kota Kaherah. Melawat tugu Anwar Sadat, menziarahi maqam Imam as-Syafie, malangnya kawasan itu masih dikunci kerana mereka sampai terlalu awal. Tapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mengetahui kisah disebalik satu nama yang cukup tersohor, apatah lagi di Malaysia. Pendapatnya, mazhab Syafie diguna pakai oleh penduduk Malaysia rasminya, namun mazhab lain masih boleh digunakan. Di atas kubah binaan, ada sebuah replika kapal, kata ustaz, kapal tu menunjukkan yang Imam Syafie ini suka mengembara.
Kemudian mereka kembali ke Pasar Khan Khalili dengan hasrat untuk membeli tudung atau selendang kerana permintaan mereka untuk membeli tudung di Iskandariah haritu ditolak atas sebab driver tak mahu balik malam ke Kaherah memandangkan perjalanan itu memakan masa 2 jam lebih. Mungkin dia juga letih memandu. Mereka shopping sehingga agak lewat petang. Mereka perlu segera pulang untuk mengemaskan barang-barang kerana esok mereka perlu turun ke bawah pukul 5 pagi. Malam itu penuh kesayuan dan kesyahduan. Selesai solat isyak, ustaz mengajak mereka makan-makan di Restoran Arabiata. Nurul berniat ingin berjumpa dengan sahabatnya yang kebetulan berprogram berdekatan dengan Darur Rahim, Hayyu Sabi'. Ustaz menghantarnya sehingga ke pintu rumah kediaman negeri Kedah, tempat dimana program itu berlangsung. Pada awalnya Nurul hanya berniat untuk berjumpa sebentar dengan sahabatnya, tapi memandang tingkat bawah bangunan telah dibanjiri ikhwah, tahulah dia bahawa dia akan stay sehingga ke akhir program. Dan bersama sahabat, Nurul mendengar seorang ustaz menjelaskan isi-isi yang terdapat dalam kitab Syamail Muhammadiyah.Subhanallah tautan hati sejak sekolah bertemu hati ke hati dalam majlis nabi. Nurul mengharapkan ukhuwah islami yang mereka bina bersama dari dulu tetap utuh kerana mereka pernah ditarbiyyah bersama ketika di sekolah dulu. Ya, tarbiyyah itulah yang mengikat hati mereka, sehinggakan mereka sampai menitiskan air mata tatkala perpisahan berlaku.

Di akhir pertemuan, ketika ingin pulang ke Darur Rahim, Nurul dikejutkan dengan suara yang sangat dikenali dan dirinduinya. Pemilik suara itu, ya, Fara, seorang teman yang pernah bersama mengharungi keperitan di bumi Moscow selama setahun, kini menuntut di al-Azhar, menggapai cita-citanya yang dari dulu diidamkan iaitu menadah 'ilmu di bumi anbiya'. Walaupun pertemuan mereka pada malam itu sangat singkat, namun ia tetap berbekas di hati Nurul.

Pagi itu menyaksikan wajah sugul Nurul dan sahabat. Berat langkahnya dihayun. Beg pula sudah bertambah lagi satu. Namun bukan itu yang menggusarkan Nurul, tetapi lambaian selamat tinggal Mesir yang meruntunkan sanubarinya. 'Ah, jangan terlalu melayan perasaan, aku hanya bermusafir di Mesir. Banyak lagi yang perlu difikirkan dan dibereskan di Moscow. Harapan umi abah tidak boleh dihampakan.' suntikan semangat diberikan buat hatinya dan dia membawa akalnya kembali menjejak realiti hidup yang Allah sudah aturkan. Terbayang di fikirannya ayat-ayat yang dahulu sentiasa menjadi penguat semangat ketika hatinya lemah.
[Katakanlah,"Dialah yang menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."] -al-Mulk,67:23
[Kemudian dia MENYEMPURNAKANnya dan meniupkan roh(ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.] -as-Sajadah,32:9

[Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,] -ar-Rahman,55:13&14

Akur dan redha, ya itulah gambaran perasaan yang cuba dikuatkannya. Menaiki van yang sama seperti hari-hari semalam, mereka menuju ke lapangan terbang Kaherah. Matahari mula terbit di kaki langit, meninggi sedikit demi sedikit menghadirkan sinar harapan untuk terus cekal berjuang demi deen tercinta.

Nurul menyorong masuk begnya melalui scanner, tiket dan pasport dihulurkan. Dia mengambil kembali begnya dan mengatur jejak beratur untuk check in luggage dan mengambil boarding pass. Setelah semuanya beres, mereka duduk sebentar di bangku yang disediakan untuk menghabiskan puding-puding yang diberikan sahabat Nurul semasa pertemuan mereka di Kediaman Kedah malam itu. Menyusun gerak untuk ke gate yang ditetapkan, mereka melepasi kawasan pemeriksaan keselamatan Mesir dengan lancar.

Gate telah pun dibuka. Boarding pass dan pasport ditunjukkan. Lepas. Alhamdulillah. Dia melalui terowong yang menghubungkan kawasan menunggu dengan perut burung besi. Masuk ke dalam dan mencari tempat duduknya. Sebelum berlepas, dia melihat-lihat ke luar tingkap kapal terbang dan menghalakan pandangannya ke setiap sudut bumi anbiya' yang terjangkau dimatanya. Belum apa-apa lagi, hatinya kembali sebak. Sebak untuk meninggalkan tanah barakah itu. Sudah tidak dapat dibendung lagi kesedihan itu, empangannya pecah. Dibiarkan sahaja olehnya. Biarlah hatinya menangisi perpisahan itu, kerana dia tahu, jika diizinkanNya, dia pasti akan menjejakkan semula kakinya ke sana. Aneh yang dirasakan atas kesedihan yang berbeza dirasakannya ketika melambai keluarganya saat pulang ke Moscow. Ya, itulah kesedihan kerana rindu Misr.

on the way ke sinai 

red sea, dahab 

singgah makan di taba,sinai. 

menuruni jabal Musa,sinai.

salah satu tempat pelancongan di Dahab, sinai.
tempat orang naik kapal layar :))) comel view... 

red sea,dahab,sinai. 

qolaah salahuddin,sinai.

masa nak naik glass boat. 

glass boat. 

dari dalam glass boat. 

at somewhere.

puncak Sinai. 

crazy bike,dahab. 

telaga kaum Musa as. antara 12 telaga. disini kami ditunjukkan kawasan yang dipercayai tempat laut terbelah ketika nabi Musa dan kaumnya menyelamatkan diri dari firaun.

st. chaterine,sinai. 

dalam salah satu check point semasa mendaki sinai. 

piramid + sphinx.

piramid,giza. 

atas batu-bata piramid. 

kelas talaqqi di masjid al-Azhar. 

masjid al-Azhar yang tenang + luas + cantik +++

qolaah salahuddin, iskandariah.

qolaah, alex. 

kincir air zaman Nabi Yusuf a.s,fayoum. 

kubah masjid yang menempatkan maqam Imam as-Syafie. 

hari last :'( #sedih 

Wallahu'alam. Semoga dapat memberi ibrah.

Saturday, September 15, 2012

Masa ini.

In the name of Allah, The Most Gracious n The Most Merciful of all...
Assalamualaikum w.b.t sahabat2 ...

2 jam lagi mengikut kiraan barat, ana, NIMF akan menambah angka lagi 1 kat depan umur ana sekarang... Dan anything can happen within this 2 hours. So, sebelum apa2 jadi, ana, NIMF nak minta maaf andai ada kesilapan sepanjang kita berukhuwah.

Sebelum ana terlambat, selamat hari raya 'Aidilfitri 1433H. Ana berharap untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang, dan bertemu lagi dengan permaisuri hati di Malaysia, ummi :')
Ummi, redhailah keputusanku ummi, doa ummi je sekarang ni, penguat hati ni.
Tolong ye ummi :') Semoga Dia mudahkan segalanya dengan restu ummi, insya- Allah.

Dah...20 tahun hidup, adakah banyak yang dimanfaatkan? Astaghfirullahal'azim. Hanya 'kita' yang tahu... Ya Allah, ampunilah dosa2ku, terlalu banyak karat yang melekat di hatiku ini. Astaghfirullah. Maafkan ana sahabat2 yang telah ana kasari hak kalian.

Sekian, kuliah dah nak start. WasSalam.