Saturday, June 2, 2012

~ soOOo cooOOOoool ~

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamu'alaikum wbt.

DOMODEDOVO AIRPORT-label *sigh

"Sila pasangkan tali pinggang keselamatan,pendaratan akan dibuat."-juruterbang mengarahkan penumpang ketika burung besi itu memasuki atmosfera Moscow.

Beberapa ketika..."Selamat datang ke Moscow = dobro pazhalavat ve Moskve"

tulisan kat atas tu tulis Domodedovo.



Senyuman melebar, tulang pipi meninggi ^__________^
"Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar"
Akhirnya,bumi wakafan Moscow,aku disini. 
Rasanya baru bentar tadi aku meninggalkan mereka yang menangisi keberangkatanku...

__________________________________________________
At Sultan Mahmud Airport
-k.na-
"Boleh cancel balik tak keputusan ni? janganlah pergi nanti aku rindu. tak sayang aku ke?"-k.na*nangis2
"Nope. Benda ni dah lama decide kan? Relaxlah...setiap tahun aku balik,insya-Allah. Ni memang nak aku nangis sekali ke? Dah...stop it sis" *senyum control

"Ummi,i'm here..." knowing that you never support my decision,it did hurt me enough T_T
-ummi sayang-
Air muka ummi beberapa jam yang lepas langsung tak beriak. Maafkanku. Bukan mengingkari, tapi... entahlah ummi, susah nak ungkapkan. 
"Ummi, nak naik dah ni. Maafkan segala salahku selama bergelar anak ni. Insya-Allah akanku usahakan untuk jadi yang solehah untukmu. Halalkan air susu yang membesarkanku, makan minum, ilmu yang ummi dah bagi sedariku kecil lagi. Maafkan juga kerana mengambil keputusan ini meskiku tahu ummi membantah sekerasnya. Maaf dan maaf. Doakan perjalananku ke sana. Akanku titipkan pesan pada Nurul dan Helmi supaya tidak lupa memberi ubat yang ummi perlu. Pergi dulu. Memang takde kata2 terakhir ke ummi? Takpe lah. Fahimtu. Jaga diri ya ummi. Assalamu'alaikum." *peluk2
"Wa'alaikumussalam...emm"-ummi *pandang2

-abah- *bernada sayu
"Sampai nanti kalau boleh terus call kami disini. Harapnya selamat sampai. Kami disini mendoakan. Abah redha melepaskan. Tentang ummi tu, nanti abah slow talk balik. Maafkan kami selama membesarkan kamu ni, kamulah harapan ummi abah. Abah dah halalkan semua makan minum kamu dari kecil sampai ke hari ini. Belajar sungguh2, jangan kecewakan kami. Kurang2kan main games tu, ingat pesan ni. Ni ada duit sikit buat beli makanan kat kL nanti. Maaf abah boleh hantar dari sini je. Jaga diri,solat jangan lupa, Quran dekat2kan. Dah2, pergi masuk sana. Dah panggil dah tu."-abah *penguat semangatku
"Insya-Allah, terima kasih atas doanya. Maafkanku juga. Kenakalan zaman kecilku,maaf menyusahkan. Abah, stay strong beside her(ummi) keyh!  Assalamu'alaikum." *salam2 no hugging2
"Wa'alaikumussalam."-abah

-nurul & helmi-
"Haish adik2 kecil ni. Akak nak pesan ni, tolong jagakan ummi untuk akak ya ^^ Bagi ummi makan ubat ikut masa. Apa2 masalah, suruh k.na call akak ya. Dengar kata ummi abah, solat dan baca Quran selalu ya. Doa2 untuk ummi juga supaya cepat sembuh...Akak dah nak naik ni, akak minta maaf banyak2. Ingat pesan akak tu. Assalamu'alaikum."
"Baik! Wa'alaikumussalam! Lain kali kami pun nak ikut naik kapal terbang ya!!!"-2 angels *hugging2


-has-
"Oit cK, jaga diri tu leklok. Be mature. Jangan lupa saya kat sini tahu! Nanti apa2 text. Gonna miss you. Ingat saya selalu doakan kamu. Do pray for me too. Belajar leklok. Maafkan semua salah silap sepanjang kita berukhuwah. Ingat kamu bawa imej apa tu. Stay with us keyh. Stay cool and brutal sis!"-has *drama
"Ok2, insya-Allah. Jazakillah atas semua. Apa2 nanti saya inform. Assalamu'alaikum."
" Wa'alaikumussalam. BarakallahufiQ!"-has 

Buat beberapa ketika kami sempat melambai2.
Boarding pass,passport dah ditunjukkan.
Masuk lorong dan sampai ke mulut burung.
Berpaling 5 saat, terus berjalan ke perut burung, sebak.........and here we go!

________________________________________________________
Minda kembali ke dunia realiti.
Bergegas keluar dari perut burung.
Lagi sekali melalui mulut burung, menyudahi terowong lutsinar.
It's different! Sejuk oiii! >.< *nampak macam biasa(panas) tapi tak

Hayunan langkah dipercepat.
Beratur untuk pengesahan visa. Lepas. Alhamdulillah.
Apa lagi? Kutip beg!
Tengok signboard dan ikut.
Jumpa beg dan cuba angkat. 30kg, mana tak beratnya. but, sokkay. Berjaya angkat ke atas troli =)

ikut signboard ni ^_^
Aku dan kengkawan bergerak memasuki ruangan utama airport bersama pengiring.
Sebaik sahaja tiba di ruangan tersebut, kami di sambut baik oleh sisters dan brothers.
Kami diberi sedikit gambaran tentang perjalanan ke hostel. Also dibekalkan dengan kebab. Perut terisi =)
Lintasan hati masa tu, satu je, call ummi. Sempat cakap dah sampai je. Then, no battery remains. Baik! 

Masa tempatan : 8/9 malam kot.
Suhu : 10 dc kot.
Tempoh masa perjalanan : 2 jam kot.

_______________________________________________________
Sampai! Cantik la juga ^_^
Angkat beg, seret masuk hostel. Berat yang pelik. Check2. Guess what?
Ya Allah, mana satu lagi tayar luggage aku?!

Sekali lagi, minda terarah ke beberapa jam sebelum berangkat dari KLIA ke Moscow~
_______________________________________________________
"Assalamu'alaikum abah, dah sampai di hotel yang dekat ngan KLIA. Tapi ada masalah ni.(tak habis2 nak susahkan mak bapak). Beg luggage ni buat hal. Roda yang sebelah ni longgar asyik ke kiri kanan je masa seret tadi. Apa nak buat ni? Takut2 sampai airport esok, terus tercabut."
"Wa'alaikumussalam wbt.Ya Allah...Betul ke? Jap2, abah call pak cik Nasir. Abah suruh dia tengok2kan beg tu. Jangan tidur dulu. Tunggu pak cik kamu sampai.Wassalam."-abah *serius je nada


Then, my uncle come and settle down the problem.
Tapi dia pesan, luggage aku mungkin boleh tahan sat je ni.
Call abah dan cakap semua dah pulih.

_______________________________________________________
Putaran masa ke depan. Sekarang.
Hahahahaha. Baru hari pertama kot. Dah lah beli luggage yang roda 2 je. =))))))
Lantaklah. *langkah diteruskan, buat2 cam beg tu perfect
Lagi, seniors sambut, siap tolong seret beg special aku lagi. Daebak senior!
All thing settled! ^_^ 

Alhamdulillah.
Wallahu'alam~