Friday, December 16, 2011

~ kecewa lagi ~

In The Name of ALLAH
The Most Gracious and The most Merciful of All~

Salam 1 aqidah!


Huh~ Entry kali ini mungkin tidaklah terlalu ilmiah~ 
Sekadar perkongsian dari kisah sahabatku~


____________________________________it's begin_______________________________________

Saat ini, hatiku menangis lagi...lagi...dan  L . A . G . I ...
Namun tiada apa yang dapat menenangkanku =.=

Saat ini, perasaanku sedih lagi...lagi...dan L . A . G . I ...
Namun tiada siapa yang boleh membahagiakanku :'(

Saat ini, aku kecewa lagi...lagi...dan L . A . G . I ...
Namun tidak ada satu makhluk pun yang dapat menyurutinya~ bingung aku~

Untuk kali ke-berapa pun aku tidak tahu -___-
Apa yang ku tahu, bahawa sekarang ia lebih berat dari sebelumnya~
Sepertinya aku sudah lemah, tidak lagi mampu~
"Untuk inikah aku 'dihantar' kesini?"~ monolog hati saban waktu
Monolog itu sering terlayar tanpa ada Dia dalam ingatanku =.=
Mungkin aku ingat~ tapi boleh jadi juga hanya di bibirku~
Hatiku... tidak merasaiNya... Apa mungkin hatiku sudah mati? Barangkali situasinya koma?
Huh...Huh...dan Huh L . A . G . I~ aku sendiri tidak tahu dimanakah level 'kesihatan' hatiku~
Aku merasai kepedihan ini... keperitan ini...kesusahan ini -____-
Sehinggalah~

Ya Allah, alhamdulILLAH!!!

Ukhtifillah datang lagi...
Patutkah aku meminta makanan untuk menyambung sisa2 hatiku?
Perlukah?
Atau... Aku bisa berdiri sendiri? mencari makanan itu sendiri?
Gayanya seperti tidak kuat lagi aku untuk berdikari~

Tapi   >>>
Nampaknya aku tidak perlu meminta kerana mereka terlebih dahulu telah menghulurkan~
Sungguh aku segan~
Segan dengan ukhti? tidak! Aku segan dengan diriku sendiri~
Inikah diri yang digelar da'ie?!
Dengan jarak yang begitu jauh aku letakkan Dia dihatiku~
Dia masih mahu aku ditemani ukhti2 =.=
S . E . G . A . N -___-

Ukhti2ku cakap~

"Seandainya masih ada rasa sedih, rasa kecewa...selagi itulah Dia menyayangi kita"~
Huh...apakah? buat kita rasa kecewa tanda Dia sayang kita? 
Tak logik!~
Sebab musababnya apa ya ukhti?

Ukhti2ku senyum dan cakap~

"Kamu sangat beruntung."
Huh...
Lagi...
Tidak logik~
itukah jawapan untuk soalanku tadi?...ukhti2ku syg, minta di'clear'kan statement kalian -___-

dan mereka berkata lagi...dengan senyuman yang tidak menghilang~

"adikku syg, cuba fikir, cuba renung dalam2..."
Huh...nak renung apa? saya bukanlah ahli nujum T.T
"Dia mengirimkan kecewa untuk kamu, untuk apa? Apa lagi...andai bukan untuk membuatmu bahagia."
Ya Allah...Huh...Huh...dan Huh lagi...
Sungguh kiasan2 ini bikin aku lebih lemah~
"adikku, benarkah Dia selalu mengirimkanmu kecewa?"
ya,ukhtiku~
"pernahkah adikku syg mengadu padaNya atas kekecewaan ini?"
kaniech-na,sistra!(sudah tentu,ukhti!)
"setiap masakah?"
aku...terdiam. mungkin tidak.
*saat ini, dalam hati, aku merasakan ukhti ingin menyimpulkan bahawa kerana aku tidak sentiasa mengadu padaNya, lalu Dia menolak aduan2ku~ 
tapi...ouh! ukhti belum habis berbicaralah! aku sudah memandai men'conclude'nya ^-* bengang sendiri~
"oleh sebab itulah, Dia bagi kita kecewa, supaya kita tidak lagi mengadu pada makhluk instead of Him.
Dia cemburu."
Huh?! Dia cemburu?! Bukankah Dia tidak berperasaan seperti makhluk?!
ukhti sambung lagi... "Tahu kenapa akak cakap kamu beruntung?"
tak~
"kerana dengan kecewa itulah kamu boleh bertahan hingga ke hari ini. kerananyalah kamu menjadi kamu yang sekarang. kerananyalah juga kamu berada sehingga ke level ini."
aku...tidak faham =.=
"macam ni lah adikku tercinta, Allah bagi kecewa supaya kita ingat padaNya dengan sebenar2 ingatan, supaya kamu tidak merasai nikmat bahagia yang sebenar di dunia ini sahaja, supaya kamu merasakan indahnya bahagia di negeri sana, dan ketika itu kamu tergolong dalam golongan yang beruntung."
"dan dengan rasa inilah kita terdorong untuk menyedari bahawa hakikat hidup adalah untuk mencapai mardhotillah"~

"Sungguh rugilah mereka2 yang tidak menyedari~" 
teruskan usaha untuk jadi kuat dijalanNya,ukhti2 sentiasa mendoakan~

Wallahu'alam~

p/s :: inilah hostelku~ tu!rakan bilikku~


Saturday, December 3, 2011

~ Saya nak jadi matang! ~

Bismillahirrahmanirrahim~
SALAM MUJAHADAH sahABat2~
Hmmmphhh, mesti ramai yang tersenyum bila melihat tajuk entry kali ni~
ye lah, sebab yang nak jadi matang tu NIMF! huh! percaya???
(*gaya cam syok sendiri>huhu)
ermmm,sahABat2,aku sangat2 la rindu kalian bila tulis entry kali ni~


dah start dah mengarut...huh...entry ni aku tulis untuk diriku and siapa2 yang TERingin nak jadi matang!~


Let's BEGIN>>>

Matang? Perlu ke? Untuk apa ya? Hmm…
Ramai kawan2 yg tanya pasal ‘mature’ ni~
Jadinya, jawabku, perlu…dan aku ditanya kenapa perlu?
Uihhh, susah nak jawab…then...nah, aku tolong carikan info pasal ‘mature’ ni~

Matang jika dirujuk kepada tumbuhan - ia bermaksud sudah boleh dituai contohnya : padi, gandum. Boleh di tebang contohnya : meranti, merbau, jati, merbah. Boleh dipetik buahnya kerana sudah masak seperti : rambutan, mempelam dan jambu.

Matang jika dirujuk kepada binatang -
contohnya : sudah sampai umurnya untuk disembelih bagi tujuan korban seperti kerbau, lembu, unta (unta berumur 5 tahun lebih, kambing 2 tahun lebih).

Di dalam buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat :
kematangan dirujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran.

Begitulah takrifan kematangan berbeza apabila merujuk kepada objek yang digunakan. Apatah lagi apabila dinilai dari sudut manusiawi ia lebih subjektif.

Mengapa Perlu Kematangan? 

Untuk menjadi matang, luaskanlah pergaulan dengan manusia. Di situ kita akan melihat kepelbagaian pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan sebagainya. Kematangan tidak datang dengan hanya duduk di dalam bilik atau hanya berteori dengan akal sendiri, atau hanya pandai bercakap sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah tanpa turun ke lapangan umat dan merasai sendiri erti kehidupan.

Orang yang matang banyak benar fikirnya, sebab sudah merasai jatuh dan bangunnya dalam hidup. Ia sudah merasai manisnya gula dan masinnya garam di dalam buku kehidupan. Sudah terfikir apa yang boleh dan tidak boleh di dalam pergaulan. Adakah baik dan buruk kesannya. Sebab itu katanya banyak berkias. Jika menegur ia menyindir. Jika terlalu marah ia menjadi diam dari biasa.

Orang yang matang tidak berfikir untuk diri sendiri sahaja. Tetapi dilihat apa natijahnya kepada orang lain. Untung dan rugi dikirakan, besar atau sedikit mudaratnya, disesuaikan pula dengan suasana, keadaan dan zaman.

Dari Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Telah bersabda RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam : Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna kepadanya " Hadith hasan riwayat Tirmidzi

Islam mengajar kita untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia yang menghabiskan umur dan masa secara percuma. Kehidupan perlu diisikan dengan perkara yang dapat memberi manfaat kerana orang yang matang bukan sahaja berfikir untuk waktu sekarang, tetapi sehingga di alam akhirat sana.

Ilmu, Akhlaq dan Kematangan

Lihatlah, adab remaja dan diri di zaman ini. Masih adakah santunnya kepada orang yang lebih tua apabila bercakap? Masih rajinkah memberi salam dan senyum? Ilmu semakin tinggi adakah menjadikan diri semakin menunduk atau mendongak langit? lalu berjalan dengan sombong dan bongkak sedangkan siapalah jika diperkirakan hakikat diri, siapalah diri kita sebenarnya di hadapan ALlah berbanding orang lain (yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya).


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALlah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri (Surah Luqman 18)


Lihatlah, di zaman ini terdapat juga insan yang berani menuduh tanpa bukti, tidak diselidiki benarkah tuduhannya kepada orang atau golongan yang lain. Tidak memikirkan kesan dari percakapannya dan perbuatannya.

Mungkin agaknya ia lupa apa yang disuruh ALLah :

Surah Al-Hujuraat ayat 6, yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".
ALLahu ALLah...

Matang Dalam Membuat Keputusan

Ada juga yang suka berfikiran singkat, keputusan hendak segera tanpa ditimbang buruk dan baiknya. Ada juga apabila yang sudah memegang jawatan atau urusan yang penting segalanya hendak baharu. Tidak pula membuat kaji selidik, bertanyakan dengan orang yang lebih tahu, tidak mahu bermesyuarat agar setiap tindakan dapat diteliti dengan lebih mendalam. Katanya zaman dahulu biarkan berlalu, sekarang adalah zaman kita, pendekatan perlu berubah mengikut masa. Bahkan lebih dari itu terus dihapuskan sahaja tatacara dan budaya walaupun ia adalah baik untuk masa hadapan. Lihat sahaja hukuman rotan kepada anak murid. Keputusan guru diharamkan dari merotan dan diserahkan kepada 'tiga tangan' iaitu guru disiplin, guru penolong kanan dan pengetua.

Segala masalah berkaitan akhlaq pelajar diserah bulat-bulat kepada kaunselor sekolah. Akibatnya ramailah pelajar yang semakin kurang ajarnya. Semakin hilang hormatnya dengan guru apatah lagi didukungi oleh ibu dan ayah yang tidak boleh anaknya 'dijentik sedikit' walaupun tujuannya untuk mendidik dan membetuli sikap yang salah. Padahal dalam menyelesaikan masalah pelajar ada masanya diperlukan rotan untuk mendidik. Ada masanya perlu dinasihati, ada masanya perlu juga dikuarantin. Setiap satunya mempunyai kekuatan tersendiri. Alangkah baiknya jika ketiga-tiga ini digabungkan agar lebih efektif.

Pelajar merokok, berapa ramai yang 'makan nasihat' dengan diberi kaunseling? Pelajar yang mencuri, mengaibkan guru, dan kesalahan yang berat berapa kerat yang mengubah diri hanya dengan menghadiri sesi kaunseling semata-mata. Sedangkan apabila dilihat dalam Islam sendiri hukuman rotan itu wujud (contoh dalam hukuman zina lelaki dan wanita yang belum berkahwin serta minum arak) antara lain untuk memberi rasa insaf, gerun dan untuk mencegah bukan sahaja kepada diri pelaku kesalahan malahan untuk orang yang menyaksikannya.

Dan kini, akibatnya masyarakat juga sendiri yang merasa bahangnya.

Begitulah.. serba sedikit perihal kematangan.. Apa ruginya jika kita berfikir berkali-kali, belajar memahami, bertanya dahulu sebelum bertindak?

Pengalaman dan perjalanan kehidupan akan mengajar kita erti kehidupan secara praktikal. Apabila memerhatikan orang lain di samping memuhasabahkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik serta dapat menerima kata-kata, teguran dan cemuhan orang lain, insyaAllah dapat mematangkan diri ini.
sikap matang seseorang kita lihat apabila dia mula berhati-hati dalam mengeluarkan kata2 dan bijak dalam menguruskan masa.
mengurangkan semua hiburan2 yang bersifat duniawi sebaliknya banyak membincangkan hal2 dan masalah2 ummat islam sekarang yang kita lihat semakin parah. 
mudah dan berlapang dada untuk menerima sebarang teguran.


JadI!
~ayuh kita semua jadi lebih matang untuk mendaulatkan Islam~
*pesanan untuk diri dan sahabat2*
wallahua'alam~
~mereka matang tak mengira usia,kita???hmmph,fikir2lah~