Assalamu'alaikum w.b.t. sahabat sahabiah ab sume! ^_^
Hmm, asif lama menyepi. Diam/beruzlah perbaiki diri dan mencari kelemahan diri. Kali ini, di bumi Allah yang luas ini, aku masih tertanya2, apa mungkin aku seorang yang ikhlas? Benar2 melakukan 'amal keranaNya ataukah aku hanya bermain2 dengan riya'? Na'uzubillahi min zalik =.=
Aku menemukan sesuatu tentang ikhlas yang betul3 buat aku terasa. Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk lebih ikhlas. Biiznillah~
Berikut ini sebuah hadis tentang ikhlas yang disampaikan oleh Rasulullah kepada Sayidina Muaz. Moga-moga kita dapat menjadi orang yang ikhlas & segala amalan ibadah kita diterima.
Rasulullah SAW bersabda:
“Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar
makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”
Jawabku:
“Ya Saiyidil Mursalin.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan
kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna
tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan
mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh
malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang
malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh
malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.
Malaikat yang
memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit
pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang
umpat (membicarakan keburukan orang). Lemparkan balik amalan ini ke muka
pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’
Esoknya
naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga
pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia
beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan
amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’
Kemudian
naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah.
Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena
dia seorang yang sombong’.”
Rasulullah
SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si
hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik
amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (merasa diri hebat). Allah
memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’
Seterusnya
amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya
dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima
penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad (iri dengan nikmat orang
lain). Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang
lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan
amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan
hasad.’
Di
langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya
diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya
karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia
merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’
Malaikat
Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh.
Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu
ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi
penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur).
Sesungguhnya si
pengamal
ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat
berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para
pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku.
Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak (pamer
kebaikan). Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’
Kemudian
malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang,
puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah,
diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan
sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan
semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk
Allah.
Tetapi
firman Tuhan: ‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip
hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan
amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain,
menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha
Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa
saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah ter- jadi adalah sama
dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang
yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang
kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya?
Laknat-Ku tetap padanya.’
Dan
ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:
‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi
mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah
kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”
Sayidina
Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku
boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”
Sabda
Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”
Muaz
bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal.
Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”
Sabda
Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah
lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh
dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak
dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang
mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika
di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada
orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar
dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan
mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang
lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing
jahanam.
Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan
manusia’.”
Muaz
berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab
Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang
dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi
orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku
kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu
akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”
~> Setelah aku menyudahi kisah ini, sepertinya agak berat untuk dilaksanakan. Tapi, yakin denganNya dan apa yang telah Rasulullah s.a.w. perkatakan ; kasih dan sayanglah mereka disekelilingmu sepertimana kamu mengasihi dirimu nescaya Allah akan mudahkan~
Wallahu'alam >.<
p/s: jangan lupa baca "Allahumma yassir wala tu'assir"..."ya Allah,permudahkan dan jangan sukarkan"
--->andai ada kekurangan maafkanku.
--->silalah tegurkan apa yang salah ye T___T aku hanya insan~
--->mana2 yang perlu ditambah juga boleh diutarakan ^_^
mood : tak sabaq nak balik dah ni!
tgh tu : naqibah sy(Nurul Iman) tdug merah tu : rumate ksygn sy (Nurul Nadirah) yg lain tu : (Syafika@ibu & mubsirah) usrahmate sy ^_^ |