Benar setiap keluarga punya kisah masing-masing.
"Jalur kehidupan kita semua berbeza. Ditarbiyah olehNya dalam keadaan yang unik.
Lalu, lahirlah kita, yang pasti berbeza dengan yang lain. Proses pembentukan itu, mereka yang lakukan setelah mereka melaluinya. Mereka itulah orang tua kita."
"Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mendidik anak-anak dgn cara yang agak kasar. Atau cara yang tidak disukai. Tapi mungkin mereka merasakan itu yang terbaik. Atau juga mungkin mereka nak kita rasa apa yang mereka rasa semasa mereka dibesarkan dahulu."
Iya, sebahagian dari aku yang hari ini adalah contengan ibu bapaku hari semalam. Sebahagiannya lagi contengan pengalaman dari sahabat2, guru2, kawan2 masa kecil, etc. senang kira contengan dari mereka disekelilingku dan aku tentunya.
_______________________________________________________________________________
Aku ditanya tentang salah satu perkara besar yang berlaku dalam hidupku. Ya, boleh jadi perkara itu mendatangkan pahala dan boleh jadi juga mendatangkan murkaNya. Astaghfirullah wa nauzubillahi min dzalik.
Dia. Sahabat. Teman. Saudara. Guru. Motivator.
Dia yang aku maksudkan bukanlah ibu atau bapaku tapi sahabatku.
Jelas bahawa ibu bapaku tiada tandingan dan tiada galang gantinya.
Sahabat, satu hal yang tidak dapat aku nafikan, kau merubah sebahagian besar hidupku. Yang baik, insyaAllah aku bawa sehingga ke saat ini, dan yang buruk itu, aku buang jauh2, aku mohon Allah agar lindungi aku dari kebusukannya.
Pernah aku kau tanya, apakah perkara yang membuatkan kita pernah rapat satu masa dahulu dan apakah pula perkara yang membuatkan aku menyepikan diri darimu setelah itu untuk beberapa ketika.
Sudah ku jawab bahawa kesudianmu membuka cerita hidupmu kepadaku hatta kita tak pernah jumpa pun sebelum itu, itulah penyebabnya. Kau pinjam bahuku, kau pinjam hatiku, kau pinjam semangatku. Kau luahkan semua. Dan disitulah terjalinnya persaudaraan kita.
Untuk jawapan kepada persoalan mengapa aku menjauhkan diri untuk beberapa ketika, jelas bahawa dalam persahabatan kita ada konflik yang mengancam. Ku akui, konflik yang aku undang. Maafkan aku teman. Aku tahu sakitnya hatimu ketika itu. Tapi aku tak berdaya mengelak ujian itu. Semua berlaku atas izinNya namun ia adalah kesan dari keputusan yang aku ambil ketika itu. Walau aku tahu matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Astaghfirullah. Moga Allah yang Maha Penerima Taubat menerima taubat kita semua.
Aku mendiamkan diri atas dasar muhasabah. Aku pemula perkara itu dan akulah yang bertanggungjawab untuk membersihkan semua. Tapi atas pertolonganmu juga. Kerana aku tak mampu lakukannya sendiri. Aku koreksi diri atas dosa yang telah aku lakukan, matlamat hidupku yang telah aku cemarkan kesuciannya melalui jalan mudah yang nyata mengundang dosa. Diamku juga kerana aku melihat kesan dosa yang aku lakukan. Tempiasnya bukan atas hidupku semata tapi juga kepada keluargaku sendiri dan hidupmu juga,teman.
Aku diam untuk tidak menjadikannya lebih teruk. Aku mula merancang hidupku sekali lagi setelah aku gagal dengan ujianNya yang lalu. Untuk bangkit itu amat payah, namun Dia berikan aku secebis kekuatan untukku bangkit. Jujur, Allah telah memadamkan memori2 buruk itu dari fikiranku sehinggalah ketika kau bertanyakan soal itu, aku langsung tidak dapat imbas kembali saat2 yang kau maksudkan dan engkau menjelaskan semuanya secara detail. Dan bau busuk itu kembali aku hidu. Hmmm
Maafkan aku sahabat, mungkin dirimu merasakan seperti aku telah membuang kau jauh dari hatiku. Ketahuilah, namamu dan sahabat2 lain masih menjadi isi doaku. Kalian pembimbing aku waktu itu, mana mungkin aku lupakan jasa kalian. Tapi satu aku minta, jangan kau kenang lagi dosa semalam andai itu tdak membuahkan manfaat walau sedikit pun untukmu dan untukku.
Aku diam juga sebab aku nak kau tahu kita masih punya waktu untuk betulkan semua. Tapi kenyataannya, aku silap. Aku tidak patut diam dan berlalu begitu sahaja tanpa aku memberikan penjelasan.
Dan aku amat yakin denganNya. Kita tidak pernah terlewat untuk kembali sekiranya ajal masih belum menemui kita.
Wallahu'alam.
autumn in my heart...sama2 kita ketuk pintu pengampunan. |