Monday, February 25, 2013

~ R I N D U . M I S R ~


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wbt sahabat ;)


Entry kali ni agak panjang...harap sabar mencerna ya :) uhibbukum fillah <3


“Jika musafir hanya kerana sebuah destinasi, kita akan lalui banyak persinggahan yang tak sempat dinikmati.Jika kembara kerana mencari erti kehidupan, kita akan temui destinasi untuk dihargai. Manis sepanjang jalan kita kecapi.” c&p dari sahabat terchenta <3

"Bismillahirrahmanirrahim,
Assalam Kembara Sufi, Alhamdulillah tsumma alhamdulillah insyaAllah kami akan berjaulah ke Mesir pada 29/01-07/02/13. Jadi,bila kami akan dapat tentatif perjalanan ye?
Wassalam."

*Your message has been sent.*

Alhamdulillah. 'Ya Allah, Engkau permudahkanlah, jangan sulitkan' monolog Nurul penuh harap pada Rabbnya.

Nurul tersenyum puas. Akhirnya berjaya juga dia menghantar emel pengesahan jaulahnya ke Mesir, ardul-kinanah.

'Hmm, final exam dah dekat, haishhh tapi hati dah selamat tiba ke bumi anbiya'. Haha. Berangan je aku ni' geli hati Nurul memikirkan seolah-olah dia bukan lagi di bumi wakafan Moscow. Terus, srazu tangannya diangkat dan dia meminta agar Allah menetapkan hatinya supaya dia tidak lagi 'lagho' melayan anganan ke Misr sebelum peperiksaan akhir usai.

Dan masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester berjaya mereka habiskan dengan cemerlang kecuali seorang, Diyanah.
"Maaf kak Nurul, saya tak dapat ikut sama dalam jaulah ke Mesir ni. Kena ulang Histologi 2 Februari ni. Tak kena dengan masa kita." sayu dalam tangisan Diya menjelaskan.
"Eh, apakah? Tenang, relax, istighfar. Ini hanya ujian kecil, nanti saya minta kak Kina tolong cakap dengan cikgu Histo ya. Jangan give up dulu. Sabar... sabar... Doakan yang terbaik ya."
Betullah, kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah itu mengatasi kita, hambaNya...
"You can see me after you return from Malaysia, but don't be late." selepas sekian lama Mutkinah memujuk cikgu Histo untuk membenarkan penangguhan ulangan Histo Diya, akhirnya, dengan kuasa Allah Yang Maha Mengasihani, cikgu itu membenarkan. Mutkinah menggunakan alasan bahawa Diyanah akan pulang ke Malaysia pada cuti winter nanti, bohong sunat katanya.
Dan terbukti, perancangan Allah adalah yang terbaik. Bukankah?
"Alhamdulillah, harini 29 Januari, kita akan berangkat ke Mesir, so tajdid niat kita selalu. Doakan semoga musafir kita dirahmati Allah." simple message dari Nurul lalu dia mengira jumlah ahlinya dengan membilangnya dalam hati sambil matanya melewati susuk tubuh dan wajah sahabatnya. 'Bawani... Shiera... Wan Nur... Nadirah... Diva... Huda... Kina... Diya... Babe... wokeyh semua ada' Nurul senyum melihat air muka setiap sahabat yang tak sabar untuk menjejaki bumi Misr. Mungkin mereka semua punya perancangan menarik atau mungkin sedang memikirkan apa yang hendak dibuat setibanya di sana nanti.
Tali pinggang dipasang. Duduk diselaraskan tegak. Handphone diflight modekan. Niat diperbaharui. Nafas ditarik lembut sambil mengangkat tangan memulakan bacaan doa musafir. Allah disebut syahdu bersama hembusan nafas. Allah...

'Ya Allah, walaupun aku hambaMu yang selalu membuat dosa ini bertaubat dan tanpa malu mengulangi dosa itu dan bertaubat dan masih mengulangi dosa, Engkau tetap memberi aku peluang untuk mengembara di bumi anbiya'Mu yang penuh barakah.' Air mata keharuan mengalir lembut menyapa pipi sehingga menitis ke tapak tangannya. Sengaja dibiarkan, dia tenang begitu.

Flight off to Egypt...
______________________________________________________

Bagasi di ambil, mereka mula mengatur langkah mencari ajen Kembara Sufi(KS) yang ditugaskan untuk menjemput mereka dari lapangan terbang. 

Memperkenalkan diri sebagai Ust Muaz, mereka menyusuri langkah beliau untuk mengeluarkan duit Egyptian Pound(LE) pertama mereka.

Tanpa bercakap banyak, dengan keadaan diri yang agak letih setelah berpenat dari asrama ke Airport Domodevo menaiki metro, mengheret luggage menyapu bersih salji-salji di jalanan, terbang ke Mesir dalam tempoh 4 jam, mereka menaiki van sewaan KS ke Restoran Nil, restoran Thailand yang sangat ohsem masakannya. Santapan pertama mereka di Misr, Alhamdulillah. Seterusnya mereka dibawa ke tempat penginapan sementara, Wisma Kelantan yang sangat selesa.

"Assalamu'alaikum, esok ana akan bawa sarapan, entunna sarapan dulu, kemudian kita berangkat ke Sinai, perjalannya agak jauh, entunna dijangka sampai sana waktu malam. Jadi malam ni, boleh siap-siapkan barang sebab entunna ke sana 3 hari. Jangan lupa bawa glove, pakai baju tebal untuk mendaki jabal musa, sana sejuk dan entunna akan mendaki waktu pagi, dalam pukul 1 atau 2, nati akan diterangkan oleh ustaz yang bawa entunna ke Sinai esok." Ust Muaz menghabiskan briefing beliau lalu menyerahkan simkad yang diminta.

"Assalamu'alaikum, ana Ustaz Amir, ahlan wasahlan ke Mesir. Perjalanan kita harini panjang, jadi doktor2 boleh tajdid niat balik, nanti kita akan singgah ke beberapa tempat sebelum ke destinasi kita, jabal Musa. Baiklah, doktor2 boleh mula baca doa musafir. Ana akan terangkan sedikit sebanyak tentang perjalanan kita menuju Sinai dalam perjalanan kita nanti." Taaruf dan simple briefing from ustaz.

Nurul melepaskan pandangan ke luar tingkap, menyapu pemandangan kota Mesir. Tangannya diangkat, memohon ketetapan iman dan dirahmati sepanjang permusafiran ini. Setelah beberapa minit, hatinya tersentuh ketika mentadabbur salah satu ayat surah al-Furqan tentang pemusafir seperti dirinya. Ternyata ayat-ayat Allah cukup untuk meninggalkan kesan yang mendalam bagi mereka yang menghayatinya. Seperti selalu, air matanya diseka sebelum dikesan orang sekeliling.

Duduk diperbetul, dan dia terlelap dalam hafalan 'ibadurrahman.

Entah setelah berapa lama dia menerokai 'alam mimpi, dia dikejutkan oleh satu suara asing.
"Doktor2, kita dah nak masuk kawasan Sinai, akan lalu ikut terusan Suez. Mesir ni sebahagiannya di Afrika dan sebahagian lagi kawasan Arab Saudi." ustaz menerangkan tentang sejarah terusan ini dengan lebih lanjut dan mengaitkannya dengan perjanjian Kem David, dll.

'Allah, aku terlelap? Astaghfirullah.'istighfar hatinya kerana mengingatkan hafalan yang belum pun disudahi. Hatinya menangis lagi. Termenung dia seketika. Lantas kembali ke dunia nyata apabila teman disebelah menyapa.

Meneruskan perjalanan, menelusuri jejak para anbiya'. Mereka ke Taba. Di Taba, mereka dibawa menghampiri Palestin dengan lebih dekat di sempadan Mesir dan negara haram Israel. Perjalanan terhenti di kubu Salahuddin, melihat dari jauh sahaja kerana tiket bot ke sana mahal, kata ustaz, sebelum ini harganya standard tapi sekarang dah mahal, jadi tidak dapat pergi dengan lebih dekat. Melalui sempadan 4 negara, Mesir, Palestin, Arab Saudi dan Jordan.

Malam itu mereka sampai ke St. Chaterine. Jam 2 pagi mereka mula mendaki Jabal Musa. Menakluki puncaknya dalam keadaan yang sangat sejuk, menunaikan tanggungjawab bersolat Subuh di surau kecil yang disediakan di atas puncak bukit itu. Setelah langit kelihatan cerah, mereka mula menuruni bukit. Salji turun mengiringi mereka ketika itu, nikmatnya. Seterusnya mereka menziarahi Maqam Nabi Soleh a.s dan saudaranya Nabi Harun as. Melihat sendiri patung lembu ciptaan Samiri. Kemudian mereka bertolak ke Dahab, destinasi terakhir mereka di Sinai.

Di Dahab, mereka menjadikan Hotel Seahorse sebagai tempat bermalam sebelum pulang semula ke Cairo. Berjalan-jalan di pesisir Laut Merah selepas menikmati hidangan makanan laut yang segar. Keesokan paginya, mereka merasai keseronokan menaiki glass boat yang mempamerkan 'alam aquatik ciptaan Ilahi. Aktiviti mereka seterusnya ialah memandu ATV @crazy bike.

Alhamdulillah, pengalaman-pengalaman yang ohsem. Oh lupa, sempat juga singgah ke kubu terakhir yang ditawan Mesir(kubu bawah tanah) dan 12 telaga kaum Musa. 3 hari kembara Sinai sudah ingin melabuhkan tirai.

Turun ke Sharm El-Sheikh, naik ke Suez dan kami masuk ke Mesir semula. Perjalanan Sinai yang ohsem sangat berbekas di hati Nurul. Namun, disebalik keseronokan yang tergambar, Nurul tidak terlepas dari melakukan dosa, merungut, mengeluh. Terlalu banyak perkara yang dirungutkan. Mengingatkan sifat tidak bersyukurnya itu, empangan Nurul pecah lagi.

"Uishh, sejuk giler kat atas ni, kalah Moscow. Letih la panjat bukit ni, angin pulak kuat" rungut mereka, tidak tahu salahnya ciptaan Allah tu dimana. Tetapi manusia memang kuat merungut, Nurul tidak terkecuali di mulut mahupun di hati cuma. Allah. Sudah dipilih Allah, masih tetap mempersoalankan kejadian-kejadianNya.

Akhirnya, mereka memasuki Mesir, menghala ke Kaherah, menuju ke Wisma semula. Mengambil barang-barang yang ditinggalkan.
"Ustaz, kenapa kena ambil barang? Kami tak stay kat sini lagi ke?" soal seorang sahabat.
"Kita akan ke Darur Rahim. Entunna akan stay sana. Okay ke semua?"
Kami ke Darur Rahim yang dimaksudkan, tempatnya cantik. 'Kalaulah Moscow macam ni, aku rela tak keluar cuti winter.' Monolog Nurul tak bersyukur.
Lupa dia "sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat" -an-Nisa':58

Malam itu, usai taklimat dari ustaz, Nurul dan sahabat membawa diri dan hati masing-masing ditelan rindu Sinai. Sungguh beruntung sebenarnya sesiapa yang dipilih berjalan di bumi Mesir.

Nurul sibuk membaiki hafalan 'ibadurrahman disamping mentadabburnya sekali:

[Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan RENDAH HATI dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka ( dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan 'SALAM'] -25.al-Furqan:63

Mereflekkan semula ayat itu dengan dirinya, Nurul cuba bertenang walaupun hatinya berkocak kuat. 'Aku termasuk dalam golongan 'ibadurrahman ke? Kalau tak, rugilah aku. Takpe-takpe, kata orang cerdik pandai, manusia boleh jadi manusia yang berlainan setiap hari. Ya Allah, jadikan aku orang yang lebih baik. Dan jadikan juga hari esokku lebih baik dari hari ini.' insaf dia dengan teguran dari Rabbul 'Alamin.

"Weh...Ni siapa punya kerja buang sampah tak masuk dalam plastik ni? Panas aku. Adeh.Anak dara macam mana ni?" tapi diakui, Nurul kuat membebel, pedas pula sekali diberinya. Supaya orang tidak mengulangi kesalahan yang sama katanya. Heh. Iye-iye saja. Bukankah ada cara yang lebih baik, nasihat elok-elok, terima ke tidak itu urusan dia dengan Allah.

Biasalah, ukhuwah mana tidak diuji? Sahabat mana yang cukup sempurna? Allah itu Maha Adil, Dia memberikan sahabat yang kalut, baran dll untuk mengajar manusia erti sabar. Mungkin itu yang sangat diperlukan saat itu.

"Harini kita ke Giza, disana ustaz akan terangkan sedikit sebanyak kisahnya. Oh, sebelum ana terlupa, nama ana Muaz."Usai ustaz memperkenalkan diri, mereka mula hanyut dibuai keindahan dan kemeriahan kota Mesir disamping kegusaran menghitung hari pulang.

Perjalanan ke Giza tidak lama. Mereka mendengar apa yang ustaz perkatakan dan seperti biasa, mengambil gambar di Piramid dan Sphinx dengan bermacam gaya. Gaya piramid dalam tangan, gaya sandar badan kat piramid sambil siku menongkat pada piramid, gaya piramid duduk antara ibu jari dan jari telunjuk, gaya tumbuk Sphinx, gaya tembak dll. 'Macam-macam gaya ada, kalau bab bergambar memang kami juara la.' Nurul memerhatikan gelagat sahabat-sahabat sambil gelak kecil.

"Manusia ni, terbatas akalnya. Jadi, sebab mereka nak sangat gambarkan kekuatan firaun dulu, mereka binalah Sphinx ni, kepala firaun, badan singa." Antara isi kecil dalam penerangan ustaz.

Melihat betapa ramainya pelancong di Giza, Nurul menghitung, adakah dia termasuk dalam kalangan mereka yang mengambil ibrah? Kemudian dia mengeluh dalam istighfarnya pada Yang Satu.

Sebaik sahaja dia menyudahkan penghulu istighfar dalam hati, terdengar 'khomsah genih.' beberapa kali disebelahnya. Tersenyum sendiri dia melihat kesungguhan budak dalam lingkungan usia 7 atau 8 tahun itu menunjukkan poskad yang dijualnya.

"wahid, isnain, salasah..." adik itu mengira poskad dihadapan Nurul, lalu disambung Nurul kiraan budak itu. Sama-sama mereka menghitung,"arba'ah.....'asyara". Memang ada 10 poskad dalam sampul surat kecil saiz poskad itu. Tapi Nurul tidak berminat, malahan sahabatnya juga langsung tidak menunjukkan respon untuk membeli poskad itu. Kesian budak itu, bersungguh benar dia, dari seorang ke seorang dia mempromosikan poskadnya. At last, Nurul menyesal sebab tak membeli sahaja poskad-poskad itu. 'Bukan mahal pun sebenarnya, RM2.50 untuk 10 poskad. Murah tu. Kalau beli tadi, boleh bagi kat kawan-kawan. Boleh buat kenangan. Aduh, Nyesal sekarang dah tak guna. Bukan rezeki aku dan budak tu kot. Allah. Astaghfirullah, merungut lagi.' Tapi dia tetap berlagak cool kononnya, walhal hatinya dah tak keruan.

Meneruskan langkah, menuruti jejak ustaz, mereka menuju ke destinasi seterusnya, Asfour Crystal. Membeli kristal untuk keluarga, dan seterusnya mereka makan tengah hari di kafe Dewan Mahasiswa Abasiyyah Kaherah(DMAK) atau dulunya terkenal dengan panggilan ARMA. Tapi masih ramai yang memanggilnya dengan panggilan ARMA.

"Eh, ada jual rotcan frozen la. Boleh ke nak tempah? " seorang sahabat bertanyakan ustaz tentang roti canai yang dijual. Berlakulah sesi soal jawab dengan adik di kaunter bayaran tu. "Alhamdulillah, bolehlah merasa rotcan kat Moscow." kata Nurul sambil tersenyum puas. Senyumannya meleret sehingga keluar pintu kafe. Lalu ditegur sahabat, "senyum seorang tu bahaya." Makanya, semakin melebarlah senyuman bahaya Nurul, dihadiahkan untuk sahabat yang menegur itu.

Haluan van menghala ke Pasar Hussin atau nama lainnya Pasar Khan Khalili. Mula-mula mereka menziarahi masjid al-Azhar. Masjid itu sangat besar dan cantiknya awesome. Berbentuk petak sama, mempunyai ruang tengah tanpa atap yang luas, dikelilingi bilik-bilik atau ruang-ruang yang giat menjalankan aktiviti, ber'ibadah kepada Allah, tuhan sekalian 'alam. Mereka sempat meninjau kawasan dalam salah satu ruangan dimana di sana sedang berlangsung kelas talaqqi. Mereka masuk ke ruang utama solat, lantas menyempurnakan solat sunat tahiyyatul masjid.

Selepas itu, mereka menyelusuri Pasar Hussin, hanya meninjau dan mark kedai mana yang hendak dituju next time bila datang semula sebab mereka perlu pulang segera ke kediaman. Sebelum pulang, sempat mereka menunaikan tanggungjawab kepadaNya di Masjid Hussin.

Esoknya, musafir mereka bersama KS menuju Iskandariah, kota kedua terbesar selepas Kaherah. Menghala ke utara Mesir, menjadikan kawasan indah berlatarkan lautanNya sebagai destinasi mereka. Melawat Taman al-Montazah, dimana terletaknya Istana Raja Farouk. Mencuri masa sedikit untuk berusrah dan bertaaruf, berlantai rerumput, beratapkan langit Ilahi, berdinginan dalam sapaan bayu lembut.

Perjalanan yang insyaAllah dirahmati itu mereka teruskan pula ke Kubu Salahuddin yang masih gah berdiri di pesisir Lautan Mediterranean. Dalam perjalanan menuju ke kubu, mereka berhenti seketika di Perpustakaan Iskandariah yang merupakan perpustakaan terbesar di Afrika. Tiba ke destinasi yang dihajati, kubu menjadi saksi pertemuan Nurul dan sahabat dengan sahabat-sahabat mereka yang belajar di universiti sekitar Iskandariah. Terpancar riak gembira dan bahagia di wajah mereka. Sungguh pertemuan keranaNya tidak pernah mengundang kekecewaan, sentiasa membahagiakan.

Mereka menunaikan solat di Masjid al-Abbas dan mengatur arah ke Mansyiah. Disini mereka menjamu makanan laut yang segar. Dan selepas itu, sudah pasti datang waktu perpisahan mereka dengan sahabat Alex. Usai melepaskan pautan rindu, mereka mengundur diri pulang ke Kaherah.

Malam mereka dihayati. Menyiapkan diri menghadapi hari esok. Seharian mereka mengembara Iskandariah yang tenang, menyebabkan mereka keletihan.

Keesokan harinya, Nurul dan sahabat dibawa melawat maqam ahlul bait. Firstly mereka menjejak ke Maqam Sheikh Soleh al-Ja'fari, then Maqam Saeida Zainab, Saieda Nafeesah, dll.
"The main point dalam kita menziarah maqam ni adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian. Seterusnya bertawassul meminta doa kepada Allah." ujar Ust Faiz ringkas. Beliau ditugaskan untuk menjelaskan tentang maqam-maqam.

Satu ketika Nurul terfikir, 'dalam hitunganku dah banyak maqam yang dilawat, tapi ke mana hilangnya zuk atau feel semasa ziarah? Terkadang hati ni sangat susah untuk menjiwai 'amal yang dilakukan. Kenapa?' soalnya ringkas. Tepuk dada, tanya iman.
'Tajdid niat Nurul. Ingat apa yang nak dicapai asalnya. Jangan duk 'lagho' dengan perasaan dan bisikan halus.' Nurul mengingatkan.
Perjalanan mereka disudahi dengan shopping di Khan Khalili.

Hari berikutnya mereka ke Fayoum. Nurul dan sahabat menjamu keropok lekor goreng yang dibelikan ustaz sebagai alas perut pagi itu.Usai sarapan Nurul menjamu pula panorama yang disajikan sepanjang perjalanan itu. Pagi itu, keadaan di luar agak berkabus, terutamanya ketika melalui jalan di tasik Qarun. Sukar untuk Nurul membezakan dimanakah garis pemisah antara langit biru dan tasik. Apa yang terlihat seolah-olah langit dan tasik itu bersatu. Ajaib sungguh ciptaan Ilahi. Angin dingin yang bertiup pagi itu menambahkan damai ketenangan di hati Nurul.

"Fayoum ni asalnya dari perkataan Arab, alfun dan al-yaum, alfun membawa erti seribu, manakala al-yaum memberi makna hari, maksudnya seribu hari. Tapi bila dah diulang-ulang sebutannya, jadilah al-Fayoum." terimbau Nurul pada penjelasan ringkas Ust Amir masa di Sinai dahulu tentang Fayoum ni. Tersenyum Nurul bila rakaman itu diputar kembali. Terasa bagai mahu terus di Sinai, suasananya yang tenang, kedinginannya yang mendamaikan, membuatkan dadanya lapang selapang jelapang padi di Kedah.
Kedah...Nostalgia betul dia dengan negeri hijau itu, terimbau kenangan ketika dia menuntut di matrikulasi di Pulau Mutiara dulu setelah menyelesaikan SPM di smka di Terengganu, satu-satunya tawaran yang dia dapat adalah menyambung ke matrikulasi, sebak dia dalam syukur kerana dia tahu Dia punya rencana terbaik. Perjalanan antara Terengganu ke Pulau Pinang melalui kawasan padi, memandangnya takkan pernah mengusutkan malah merungkaikan kekusutan. Di matrik itulah dia mula mengenal tarbiyyah. Mula mengikuti jemaah dengan serius yang membina kekuatan dalaman dan luarannya. Dia mula menyedarkan diri, untuk berfikiran lebih matang, memandang sesuatu dengan kaca mata Islam supaya jahiliyyah itu dapat ditewaskan, menyimpan kemas sifat manja dan suka merengek, dia berusaha untuk kuat. Rindu, ya itulah perkataan yang sarat dijiwanya. Entah untuk kali ke berapa sungai matanya bertakung lagi dengan air jernih. Nurul beristighfar panjang mengharapkan supaya hatinya terus tsabat di jalan juang ini. Dia sedar, dia perlu bekerja untuk Islam dan dia sedar berat amanah yang dipikul. Terutamanya da'wah kepada ahli keluarganya yang tercinta dan sahabat.
"Da'wah itu perlu dibuat walau dimana sekalipun entunna berada, sesukar manapun saat itu dan hendaklah entunna berda'wah secara berjamaah." Terngiang-ngiang kata murabbi di corong telinganya. " Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, bahawa beliau bersabda: "Barangsiapa keluar dari ketaatan dan tidak mahu bergabung dengan Jamaah kemudian ia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah." sambung Kak Mas, murabbinya yang sangat lembut, bicaranya mudah menyelinap masuk dan kekal bersarang di hati. 'Ya, walaupun aku sedang berjaulah, da'wah dan jamaah itu takkan pernah aku tinggalkan. Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, aku mohon dengan sepenuh pengharapan agar Engkau menetapkan hatiku. Jauhkanlah aku dari keterikatan dengan dunia.Amin.' Rintih hati kecil Nurul.

"Tengok kat luar, tu pokok rendang tu pokok zaitun, tu pokok bawang, tu rumput untuk bagi makan keldai, tu pokok anggur yang dahan dia keatas dan menjalar ke pokok sebelah." Ketika melalui jalanan sempit menuju temple of Qaroun, bersungguh ustaz menunjukkan kami tanaman yang dilihat dengan gaya dan tangan yang dihalakan ke arah tanaman yang dimaksudkan.

"Oooohhh...ooohhh...ooohhh" itu sahaja jawapan respon mereka kepada setiap tanaman yang ustaz tunjukkan. Nurul masih memandang ke arah tanaman-tanaman yang dimaksudkan tadi. Ustaz sudah kembali senyap di sisi pemandu. Van meneruskan perjalanan.

Tiba di temple, 'oh, kecil saja binaannya.'gumam Nurul.

Setelah itu mereka dipelawa masuk dan penjaga temple menerangkan cerita-cerita tentang Qarun dan binaan itu. Mereka menerokai binaan itu sehingga dibawa ke bahagian yang paling atas. Dari atas, mereka ditunjukkan kesan kota yang Allah tenggelamkan. Allahu akbar. Ustaz terus menerangkan kronologi tentang kisah Qarun yang tercatat dalam al-Quran. Nurul menghala dan mengfokuskan pandangannya ke arah madinah yang ditelan bumi. Dia beristighfar lagi dan berdoa dalam hati agar dijauhkan dari sifat tamak dan tidak bersyukur seperti yang dilakukan Qarun. Tidak lupa dia berdoa agar kematiannya dalam husnul khotimah, kerana dia sedar bahawa kematian itu dekat dan semakin menghampiri, harapannya semoga dia bersedia menyambut kematian itu.

Teringat dia tentang wasiat yang telah siap ditulis dan sentiasa dikemaskinikan dalam laptopnya. Belum diberitakan lagi pada ahli keluarganya tentang kewujudan wasiat itu, semoga dia sempat memberitahu mereka tentang wasiat itu. Wasiat itu ditulis bukanlah kerana dia selalu meminta Allah menarik nyawanya awal, tapi kerana memahami hakikat manusia ini bukan selamanya di 'alam dunia dan juga untuk mengingatkan dia tentang kematian.

Menjamu selera di Primo, restoran ala-ala Pizza Hut. Kemudian meneruskan kembara ke tempat dimana terletaknya kincir air yang digunakan semasa zaman Nabi Yusuf as.

"Dulu masa Nabi Yusuf dalam penjara, baginda selalu menafsir mimpi, 'ilmu dan hikmah dari Allah. Dan perkara ini diketahui raja yang ketika itu sedang mencari sesiapa yang pandai dalam menafsir mimpi. Lalu diberitakan oleh tahanan tentang kebijaksanaan Yusuf as dalam menafsir mimpi. Yusuf dipanggil setelah beberapa cubaan oleh ahli nujum menemui kegagalan. Dan dengan izin Allah, Yusuf berjaya menafsirkan mimpi bahawa Mesir akan dilanda 7 tahun musim hujan dan 7 tahun musim kemarau. Lantas Yusuf as menasihati supaya mereka menanam dan menyimpannya untuk menghadapi musim kemarau itu. Sebab itulah dibinanya kincir air ni." Panjang lebar ustaz menjelaskan.
Van telah sedia menunggu mereka untuk pulang ke Kaherah sekaligus mengakhiri pengembaraan mereka di Fayoum. Mereka tiba di Kaherah agak petang. Sepatutnya mereka menjelajah Fayoum lagi, tetapi kerana masalah minyak, mereka terpaksa balik awal bagi mengelakkan kehabisan minyak ataupun mereka terpaksa bermalam di Fayoum dan esok pagi beratur panjang menunggu giliran untuk mengisi minyak yang terhad.

Badan Nurul agak letih malam itu. Sukar untuk dia menahan kantuknya. Lantas dia lena dalam bacaan al-Mulk dari mp3 yang 24 jam dipasang ke telinganya.

Bangun di awal pagi, mempersiapkan diri dengan semangat yang lemah. Hari itu adalah hari terakhir kembaranya di bumi anbiya'. 'Ah, andai dapat ku hentikan masa. Biarlah 9 hari ini yang diputarkan selalu. Haishhh.'keluh hatinya kerana cengkaman Moscow makin terasa. Memutarkan ingatan pada post sahabat yang baru balik dari berjaulah di Turki, gambar yang di attachkan cukup untuk menggambarkan kesejukan bumi soviet itu. Salji di lapangan terbang, sudah pasti suhunya juga serendah kebekuan kapas putih itu. Selesa dengan keadaan dingin-hangat di Mesir, dia terasa tidak sanggup untuk mengangkat kaki dari Mesir menuju Moscow.

Ustaz membawa mereka pusing-pusing kota Kaherah. Melawat tugu Anwar Sadat, menziarahi maqam Imam as-Syafie, malangnya kawasan itu masih dikunci kerana mereka sampai terlalu awal. Tapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mengetahui kisah disebalik satu nama yang cukup tersohor, apatah lagi di Malaysia. Pendapatnya, mazhab Syafie diguna pakai oleh penduduk Malaysia rasminya, namun mazhab lain masih boleh digunakan. Di atas kubah binaan, ada sebuah replika kapal, kata ustaz, kapal tu menunjukkan yang Imam Syafie ini suka mengembara.
Kemudian mereka kembali ke Pasar Khan Khalili dengan hasrat untuk membeli tudung atau selendang kerana permintaan mereka untuk membeli tudung di Iskandariah haritu ditolak atas sebab driver tak mahu balik malam ke Kaherah memandangkan perjalanan itu memakan masa 2 jam lebih. Mungkin dia juga letih memandu. Mereka shopping sehingga agak lewat petang. Mereka perlu segera pulang untuk mengemaskan barang-barang kerana esok mereka perlu turun ke bawah pukul 5 pagi. Malam itu penuh kesayuan dan kesyahduan. Selesai solat isyak, ustaz mengajak mereka makan-makan di Restoran Arabiata. Nurul berniat ingin berjumpa dengan sahabatnya yang kebetulan berprogram berdekatan dengan Darur Rahim, Hayyu Sabi'. Ustaz menghantarnya sehingga ke pintu rumah kediaman negeri Kedah, tempat dimana program itu berlangsung. Pada awalnya Nurul hanya berniat untuk berjumpa sebentar dengan sahabatnya, tapi memandang tingkat bawah bangunan telah dibanjiri ikhwah, tahulah dia bahawa dia akan stay sehingga ke akhir program. Dan bersama sahabat, Nurul mendengar seorang ustaz menjelaskan isi-isi yang terdapat dalam kitab Syamail Muhammadiyah.Subhanallah tautan hati sejak sekolah bertemu hati ke hati dalam majlis nabi. Nurul mengharapkan ukhuwah islami yang mereka bina bersama dari dulu tetap utuh kerana mereka pernah ditarbiyyah bersama ketika di sekolah dulu. Ya, tarbiyyah itulah yang mengikat hati mereka, sehinggakan mereka sampai menitiskan air mata tatkala perpisahan berlaku.

Di akhir pertemuan, ketika ingin pulang ke Darur Rahim, Nurul dikejutkan dengan suara yang sangat dikenali dan dirinduinya. Pemilik suara itu, ya, Fara, seorang teman yang pernah bersama mengharungi keperitan di bumi Moscow selama setahun, kini menuntut di al-Azhar, menggapai cita-citanya yang dari dulu diidamkan iaitu menadah 'ilmu di bumi anbiya'. Walaupun pertemuan mereka pada malam itu sangat singkat, namun ia tetap berbekas di hati Nurul.

Pagi itu menyaksikan wajah sugul Nurul dan sahabat. Berat langkahnya dihayun. Beg pula sudah bertambah lagi satu. Namun bukan itu yang menggusarkan Nurul, tetapi lambaian selamat tinggal Mesir yang meruntunkan sanubarinya. 'Ah, jangan terlalu melayan perasaan, aku hanya bermusafir di Mesir. Banyak lagi yang perlu difikirkan dan dibereskan di Moscow. Harapan umi abah tidak boleh dihampakan.' suntikan semangat diberikan buat hatinya dan dia membawa akalnya kembali menjejak realiti hidup yang Allah sudah aturkan. Terbayang di fikirannya ayat-ayat yang dahulu sentiasa menjadi penguat semangat ketika hatinya lemah.
[Katakanlah,"Dialah yang menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."] -al-Mulk,67:23
[Kemudian dia MENYEMPURNAKANnya dan meniupkan roh(ciptaan)-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.] -as-Sajadah,32:9

[Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,] -ar-Rahman,55:13&14

Akur dan redha, ya itulah gambaran perasaan yang cuba dikuatkannya. Menaiki van yang sama seperti hari-hari semalam, mereka menuju ke lapangan terbang Kaherah. Matahari mula terbit di kaki langit, meninggi sedikit demi sedikit menghadirkan sinar harapan untuk terus cekal berjuang demi deen tercinta.

Nurul menyorong masuk begnya melalui scanner, tiket dan pasport dihulurkan. Dia mengambil kembali begnya dan mengatur jejak beratur untuk check in luggage dan mengambil boarding pass. Setelah semuanya beres, mereka duduk sebentar di bangku yang disediakan untuk menghabiskan puding-puding yang diberikan sahabat Nurul semasa pertemuan mereka di Kediaman Kedah malam itu. Menyusun gerak untuk ke gate yang ditetapkan, mereka melepasi kawasan pemeriksaan keselamatan Mesir dengan lancar.

Gate telah pun dibuka. Boarding pass dan pasport ditunjukkan. Lepas. Alhamdulillah. Dia melalui terowong yang menghubungkan kawasan menunggu dengan perut burung besi. Masuk ke dalam dan mencari tempat duduknya. Sebelum berlepas, dia melihat-lihat ke luar tingkap kapal terbang dan menghalakan pandangannya ke setiap sudut bumi anbiya' yang terjangkau dimatanya. Belum apa-apa lagi, hatinya kembali sebak. Sebak untuk meninggalkan tanah barakah itu. Sudah tidak dapat dibendung lagi kesedihan itu, empangannya pecah. Dibiarkan sahaja olehnya. Biarlah hatinya menangisi perpisahan itu, kerana dia tahu, jika diizinkanNya, dia pasti akan menjejakkan semula kakinya ke sana. Aneh yang dirasakan atas kesedihan yang berbeza dirasakannya ketika melambai keluarganya saat pulang ke Moscow. Ya, itulah kesedihan kerana rindu Misr.

on the way ke sinai 

red sea, dahab 

singgah makan di taba,sinai. 

menuruni jabal Musa,sinai.

salah satu tempat pelancongan di Dahab, sinai.
tempat orang naik kapal layar :))) comel view... 

red sea,dahab,sinai. 

qolaah salahuddin,sinai.

masa nak naik glass boat. 

glass boat. 

dari dalam glass boat. 

at somewhere.

puncak Sinai. 

crazy bike,dahab. 

telaga kaum Musa as. antara 12 telaga. disini kami ditunjukkan kawasan yang dipercayai tempat laut terbelah ketika nabi Musa dan kaumnya menyelamatkan diri dari firaun.

st. chaterine,sinai. 

dalam salah satu check point semasa mendaki sinai. 

piramid + sphinx.

piramid,giza. 

atas batu-bata piramid. 

kelas talaqqi di masjid al-Azhar. 

masjid al-Azhar yang tenang + luas + cantik +++

qolaah salahuddin, iskandariah.

qolaah, alex. 

kincir air zaman Nabi Yusuf a.s,fayoum. 

kubah masjid yang menempatkan maqam Imam as-Syafie. 

hari last :'( #sedih 

Wallahu'alam. Semoga dapat memberi ibrah.

Saturday, September 15, 2012

Masa ini.

In the name of Allah, The Most Gracious n The Most Merciful of all...
Assalamualaikum w.b.t sahabat2 ...

2 jam lagi mengikut kiraan barat, ana, NIMF akan menambah angka lagi 1 kat depan umur ana sekarang... Dan anything can happen within this 2 hours. So, sebelum apa2 jadi, ana, NIMF nak minta maaf andai ada kesilapan sepanjang kita berukhuwah.

Sebelum ana terlambat, selamat hari raya 'Aidilfitri 1433H. Ana berharap untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang, dan bertemu lagi dengan permaisuri hati di Malaysia, ummi :')
Ummi, redhailah keputusanku ummi, doa ummi je sekarang ni, penguat hati ni.
Tolong ye ummi :') Semoga Dia mudahkan segalanya dengan restu ummi, insya- Allah.

Dah...20 tahun hidup, adakah banyak yang dimanfaatkan? Astaghfirullahal'azim. Hanya 'kita' yang tahu... Ya Allah, ampunilah dosa2ku, terlalu banyak karat yang melekat di hatiku ini. Astaghfirullah. Maafkan ana sahabat2 yang telah ana kasari hak kalian.

Sekian, kuliah dah nak start. WasSalam.

Saturday, June 2, 2012

~ soOOo cooOOOoool ~

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamu'alaikum wbt.

DOMODEDOVO AIRPORT-label *sigh

"Sila pasangkan tali pinggang keselamatan,pendaratan akan dibuat."-juruterbang mengarahkan penumpang ketika burung besi itu memasuki atmosfera Moscow.

Beberapa ketika..."Selamat datang ke Moscow = dobro pazhalavat ve Moskve"

tulisan kat atas tu tulis Domodedovo.



Senyuman melebar, tulang pipi meninggi ^__________^
"Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar"
Akhirnya,bumi wakafan Moscow,aku disini. 
Rasanya baru bentar tadi aku meninggalkan mereka yang menangisi keberangkatanku...

__________________________________________________
At Sultan Mahmud Airport
-k.na-
"Boleh cancel balik tak keputusan ni? janganlah pergi nanti aku rindu. tak sayang aku ke?"-k.na*nangis2
"Nope. Benda ni dah lama decide kan? Relaxlah...setiap tahun aku balik,insya-Allah. Ni memang nak aku nangis sekali ke? Dah...stop it sis" *senyum control

"Ummi,i'm here..." knowing that you never support my decision,it did hurt me enough T_T
-ummi sayang-
Air muka ummi beberapa jam yang lepas langsung tak beriak. Maafkanku. Bukan mengingkari, tapi... entahlah ummi, susah nak ungkapkan. 
"Ummi, nak naik dah ni. Maafkan segala salahku selama bergelar anak ni. Insya-Allah akanku usahakan untuk jadi yang solehah untukmu. Halalkan air susu yang membesarkanku, makan minum, ilmu yang ummi dah bagi sedariku kecil lagi. Maafkan juga kerana mengambil keputusan ini meskiku tahu ummi membantah sekerasnya. Maaf dan maaf. Doakan perjalananku ke sana. Akanku titipkan pesan pada Nurul dan Helmi supaya tidak lupa memberi ubat yang ummi perlu. Pergi dulu. Memang takde kata2 terakhir ke ummi? Takpe lah. Fahimtu. Jaga diri ya ummi. Assalamu'alaikum." *peluk2
"Wa'alaikumussalam...emm"-ummi *pandang2

-abah- *bernada sayu
"Sampai nanti kalau boleh terus call kami disini. Harapnya selamat sampai. Kami disini mendoakan. Abah redha melepaskan. Tentang ummi tu, nanti abah slow talk balik. Maafkan kami selama membesarkan kamu ni, kamulah harapan ummi abah. Abah dah halalkan semua makan minum kamu dari kecil sampai ke hari ini. Belajar sungguh2, jangan kecewakan kami. Kurang2kan main games tu, ingat pesan ni. Ni ada duit sikit buat beli makanan kat kL nanti. Maaf abah boleh hantar dari sini je. Jaga diri,solat jangan lupa, Quran dekat2kan. Dah2, pergi masuk sana. Dah panggil dah tu."-abah *penguat semangatku
"Insya-Allah, terima kasih atas doanya. Maafkanku juga. Kenakalan zaman kecilku,maaf menyusahkan. Abah, stay strong beside her(ummi) keyh!  Assalamu'alaikum." *salam2 no hugging2
"Wa'alaikumussalam."-abah

-nurul & helmi-
"Haish adik2 kecil ni. Akak nak pesan ni, tolong jagakan ummi untuk akak ya ^^ Bagi ummi makan ubat ikut masa. Apa2 masalah, suruh k.na call akak ya. Dengar kata ummi abah, solat dan baca Quran selalu ya. Doa2 untuk ummi juga supaya cepat sembuh...Akak dah nak naik ni, akak minta maaf banyak2. Ingat pesan akak tu. Assalamu'alaikum."
"Baik! Wa'alaikumussalam! Lain kali kami pun nak ikut naik kapal terbang ya!!!"-2 angels *hugging2


-has-
"Oit cK, jaga diri tu leklok. Be mature. Jangan lupa saya kat sini tahu! Nanti apa2 text. Gonna miss you. Ingat saya selalu doakan kamu. Do pray for me too. Belajar leklok. Maafkan semua salah silap sepanjang kita berukhuwah. Ingat kamu bawa imej apa tu. Stay with us keyh. Stay cool and brutal sis!"-has *drama
"Ok2, insya-Allah. Jazakillah atas semua. Apa2 nanti saya inform. Assalamu'alaikum."
" Wa'alaikumussalam. BarakallahufiQ!"-has 

Buat beberapa ketika kami sempat melambai2.
Boarding pass,passport dah ditunjukkan.
Masuk lorong dan sampai ke mulut burung.
Berpaling 5 saat, terus berjalan ke perut burung, sebak.........and here we go!

________________________________________________________
Minda kembali ke dunia realiti.
Bergegas keluar dari perut burung.
Lagi sekali melalui mulut burung, menyudahi terowong lutsinar.
It's different! Sejuk oiii! >.< *nampak macam biasa(panas) tapi tak

Hayunan langkah dipercepat.
Beratur untuk pengesahan visa. Lepas. Alhamdulillah.
Apa lagi? Kutip beg!
Tengok signboard dan ikut.
Jumpa beg dan cuba angkat. 30kg, mana tak beratnya. but, sokkay. Berjaya angkat ke atas troli =)

ikut signboard ni ^_^
Aku dan kengkawan bergerak memasuki ruangan utama airport bersama pengiring.
Sebaik sahaja tiba di ruangan tersebut, kami di sambut baik oleh sisters dan brothers.
Kami diberi sedikit gambaran tentang perjalanan ke hostel. Also dibekalkan dengan kebab. Perut terisi =)
Lintasan hati masa tu, satu je, call ummi. Sempat cakap dah sampai je. Then, no battery remains. Baik! 

Masa tempatan : 8/9 malam kot.
Suhu : 10 dc kot.
Tempoh masa perjalanan : 2 jam kot.

_______________________________________________________
Sampai! Cantik la juga ^_^
Angkat beg, seret masuk hostel. Berat yang pelik. Check2. Guess what?
Ya Allah, mana satu lagi tayar luggage aku?!

Sekali lagi, minda terarah ke beberapa jam sebelum berangkat dari KLIA ke Moscow~
_______________________________________________________
"Assalamu'alaikum abah, dah sampai di hotel yang dekat ngan KLIA. Tapi ada masalah ni.(tak habis2 nak susahkan mak bapak). Beg luggage ni buat hal. Roda yang sebelah ni longgar asyik ke kiri kanan je masa seret tadi. Apa nak buat ni? Takut2 sampai airport esok, terus tercabut."
"Wa'alaikumussalam wbt.Ya Allah...Betul ke? Jap2, abah call pak cik Nasir. Abah suruh dia tengok2kan beg tu. Jangan tidur dulu. Tunggu pak cik kamu sampai.Wassalam."-abah *serius je nada


Then, my uncle come and settle down the problem.
Tapi dia pesan, luggage aku mungkin boleh tahan sat je ni.
Call abah dan cakap semua dah pulih.

_______________________________________________________
Putaran masa ke depan. Sekarang.
Hahahahaha. Baru hari pertama kot. Dah lah beli luggage yang roda 2 je. =))))))
Lantaklah. *langkah diteruskan, buat2 cam beg tu perfect
Lagi, seniors sambut, siap tolong seret beg special aku lagi. Daebak senior!
All thing settled! ^_^ 

Alhamdulillah.
Wallahu'alam~

Saturday, April 21, 2012

~ ujian keimananku ~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum w.b.t. sahabat sahabiah ab sume! ^_^

Hmm, asif lama menyepi. Diam/beruzlah perbaiki diri dan mencari kelemahan diri. Kali ini, di bumi Allah yang luas ini, aku masih tertanya2, apa mungkin aku seorang yang ikhlas? Benar2 melakukan 'amal keranaNya ataukah aku hanya bermain2 dengan riya'? Na'uzubillahi min zalik =.=

Aku menemukan sesuatu tentang ikhlas yang betul3 buat aku terasa. Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk lebih ikhlas. Biiznillah~





Berikut ini sebuah hadis tentang ikhlas yang disampaikan oleh Rasulullah kepada Sayidina Muaz. Moga-moga kita dapat menjadi orang yang ikhlas & segala amalan ibadah kita diterima.

Rasulullah SAW bersabda: 
“Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya. Wahai Muaz!”

Jawabku: “Ya Saiyidil Mursalin.” 

Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. 

Malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: ‘Saya penjaga tukang umpat (membicarakan keburukan orang). Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.’

Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.’

Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong’.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: ‘Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub (merasa diri hebat). Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.’

Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: ‘Ini adalah amalan tukang hasad (iri dengan nikmat orang lain). Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.’

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: ‘Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.’

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: ‘Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si
pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak (pamer kebaikan). Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.’

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan: ‘Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah ter- jadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.’
Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: ‘Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.’ Dan semua yang di langit turut berkata: ‘Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat’.”

Sayidina Muaz kemudian menangis teresak-esak dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah SAW: “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali: “Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Sabda Rasulullah SAW: “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan Akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ‘Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia’.”

Muaz berkata: “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW: “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”



~> Setelah aku menyudahi kisah ini, sepertinya agak berat untuk dilaksanakan. Tapi, yakin denganNya dan apa yang telah Rasulullah s.a.w. perkatakan ; kasih dan sayanglah mereka disekelilingmu sepertimana kamu mengasihi dirimu nescaya Allah akan mudahkan~


Wallahu'alam >.<

p/s: jangan lupa baca "Allahumma yassir wala tu'assir"..."ya Allah,permudahkan dan jangan sukarkan"
--->andai ada kekurangan maafkanku.
--->silalah tegurkan apa yang salah ye T___T aku hanya insan~
--->mana2 yang perlu ditambah juga boleh diutarakan ^_^ 


mood : tak sabaq nak balik dah ni! 


tgh tu : naqibah sy(Nurul Iman)
tdug merah tu : rumate ksygn sy (Nurul Nadirah)
yg lain tu : (Syafika@ibu & mubsirah) usrahmate sy ^_^



Sunday, March 11, 2012

~ woman's day ~

    Alhamdulillah 3x
    Bismillahirrahmanirrahim~
    Salam seindah islam semua!
    Hmmph… juz wanna share apa yang saya dapat untuk bulatan hepi minggu lepas~
    Alhamdulillah sekali lagi kerana kami ahli usrah berkesempatan untuk menyambut hari wanita yang pertama di Ru. Fed.
    Kiranya ini merupakan kali ke-5 saudari naqibah kami menyambut hari wanita ini… tapi kelainannya hari ini kerana?...
  1. Of course la sebab kami ada kan ^_^
  2. Haa… sebabnya tahun ni, kami meraikannya bersama akhawat2 di Nizhny Novgorad ^_^
  3. Nizhny Novgorad aka NiNo ni merupakan satu daerah dalam Russia just like Moscow la… tapi bandar ni lebih kecil 2 atau 3x dari Moscow…
    Hmmm… saiz bandar bukan penghalang untuk kami berukhuwah~ (^_^)Y
    NiNo ---> susah juga nak jumpa dengan kedai halal. Tapi once jumpa tu, mak aih harga lagi murah dari moscow kot… hehe… ye la, moscow taraf hidup TINGGI bangat =.=
    ---> huh, tiada pengangkutan metro di nizhny! Ok! Tidak perlu bayar untuk naik metro yang harganya fullamak boleh tahan mahal… students di NiNo tak perlu bayar untuk bas+metro which is lebih kurang 230ru + 350ru = 580ru…bas, 230ru= ±rm23~
    ---> hostel mereka pun dekat2 je…
    Apa2 pun, I'm just happy to be in this wonderful land, Moscow!
    Ye lah, bukankah Dia meletakkan kita di tempat yang paling mudah untuk kita mendapat hidayahNya?
    Mungkin keberadaan kami di Moscow akan menjadi location yang paling sesuai untuk turning point  kami?... Who knows? He know! Hehe!
    Hmmm… back to the topic, NiNo!
    Alhamdulillah, sempat melawat sebuah masjid di NiNo~ bertemu, bertukar senyum dan salam dengan muslims in NiNo (^_____^) happy~
    Dan……… yang paling penting, kami sempat membuka bulatan gembira walaupun sekejap sahaja singgah di rumahNya itu~
    Hmmmmm….. Bahagianya ya Allah,alhamdulillah! (tangan di dada, kepala mendongak, mata terpejam sambil tarik nafas sejuk segar, bibir mengukir senyum :))
    Ya Allah, sahABat mesti boleh bayangkan ketenangan masa itu kan? Nikmat yang Dia sahaja boleh kasi.
    Takkan dapat dari mana2 insan~ ALLAH… (hembusan nafas beserta sebutan kalimah Allah)
    Masya-Allah… Cukup tenang ya Allah~~~
    Dalam bulatan gembira tu, kami sempat share tentang kekasih kita~
    Bercerita tentang isteri baginda Sayidatina Hafsah~
    Lemas rasanya menahan rindu pada baginda =.=
    Ya Rasulullah, kami rindu!!!
    r.i.n.d.u ~
    Tatkala itu juga, rindu menjengah memori minda semasa zaman matrik sebelum ini~
    Ya Allah, sahABat… keperihatinan kalian amat ana hargai…
    Asifff jiddan kerana keluar sekejap, just need some space =,= bukan bermakna kalian tidak dihati ini…
    Sungguh, bilamana kita semua terpisah benua ni, ana sangat kangan.=.= amat!
    Terkadang menangis hanya kerana terkenang memori indah kita bersama.
    Menangis kerana terjumpa watak kalian dalam orang2 di sini.
    Menangis kerana post2 kalian di dinding pisang n go10.
    Menangis kerana banyak kekurangan ana yang terkadang menyukarkan dakwah kita =.=
    Sungguh, andai waktu itu dapat diputar kembali… ya Allah…
    Waktu2 kita berkongsi masalah walau waktu dah menjengah pagi =.= cukup terasa persahABatan itu! Ya Allah! =.=
    Maafkan ana andai sepanjang kita bersahABat ni, ana banyak mengguris, menoreh, atau mungkin sampai bisa merobek hati kalian.
    Sungguh perkara itu mungkin berlaku kerana ana masih banyak kekurangan yang perlu diatasi. Asif.
    Maaf juga andai kekerasan @ keganasan ana menyakitkan jiwa raga mahupun mata kalian. Ana asifah.
    Ana tahu, kata maaf sahaja tidak cukup. Akan ana tambah dengan mendoakan kalian husnul khatimah =.=. Maaf seandainya masih tidak cukup. Itu sahaja ana termampu=.=
    Maaf juga kerana melepaskan tanggungjawab kepada sahABat lain =.= my bad.
    Jumpa nanti yok! Mungkin iftar bersama? ^_^
    Salam penuh kerinduan dari europe!
    Wallahu'alam!
    Wassalam~
kami di malam gala~

kumpulan kami~



bandar nizhny~

Monday, January 9, 2012

~ from zero to hero ~

Salam 1 aqidah!
AlhamdulIllah~
Usai sudah 2 program AzamRUSSIA di tanah salju ni~

1st program, alhamdulillah
Hmm...those programs had open my mind to always be POSITIVE! Bukan calang2 orang yang bagi talks tu...huhu...

But actually, point2 yang perlu kita ambil bukanlah pada tingginya tahap akademik orang tersebut tapi pada isi2 yang diulas cantik oleh beliau2~

Mereka ni bukan dilahirkan genius, but they develop very well. dakwah seiring pelajaran~
Dan tidak terlewat untuk kita jadi seperti mereka...Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar kita erti terlewat...baginda s.a.w pernah bersabda~

" jika akan berlaku kiamat, dan pada tangan seseorang kamu ada anak benih, jika dia mampu menanamnya sebelum datangnya kiamat itu, maka tanamlah "

Jelas disitu bahawa kita tidak pernah terlewat untuk memulakan sesuatu. Baik dari sudut pelajarannya mahupun dakwahnya~

Okay,okay...back to the topic~ (asyik melalut aje)

Hmmphh, personally, talk yang diberikan oleh Dr. Fauziah ni it's all about:
The Pioneering Pathways towards Medical Professionalism
huh...tajuk macam hebat giler2 kan? hehe...

Dalam talk tu, makcik ni ada cakap, to be a good doctor, we have to be a good medical student...
Good medical student? Makcik said...a good medic student must know what they want for this lifetime?

  1. Janji manusia (7:172)
  2. Tujuan hidup (51:56 , 2:30 & 23:115)
  3. Kehidupan & kesudahan yang baik (16:97)
  4. Binasa jika (18:32-43)
  5. Pengamal perubatan/worker (28:26)
Perkara2 di atas tu memang kita perlu tahu and jadikan benda ni basic dalam hidup kita - makcik

Perubatan Dalam Perspektif Islam
1.   Tujuan:tahu untuk apa kita nak sangat2 buat medic ni
2.   Oath:mesti khatam dulu 'The Oath of a Muslim Physician'

Makcik ni juga ada cakap yang doc ni susah nak mengaku mistakes...yelah,bukan doc saja almost all people susah nak mengaku bila dah buat salah...so, nasihat beliau ---> GO DOWN FOR YOUR MISTAKE

And other principles that we need to hold tightly :---
  • Iman mesti mau mantap
  • Yakin semua perlukan Allah
  • Mulakan something dengan Basmalah
  • Fikirkan kejadian, kekuasaan Allah
  • Letakkan syukur sebagai KPI
KPI syukur? macam aneh bunyinya kan?
Hmm...but,bila makcik ni explain pasal KPI syukur ni,mau tersentap iman!huhu
Makcik@Doc ni kata ---> bila kita jadikan syukur sebagai KPI kita,kita akan buat sesuatu kerja semaksima mungkin. Lebih ikhlas and bersemangat terus untuk berkerja. Almaklumlah, kadang2 jadi doc ni ada juga masa2 yang memerlukan kita buat kerja yang sama which will make us BORING. 

Hmm...and doc ni ada bagi doa yang insya-Allah boleh buat kita selalu fikir positive(*note this Anapanda!)

"Ya ALLAH, aku bersyukur kerana aku yang Engkau pilih untuk berada di situasi ini"...which is waktu2 yang sukar.

Yelah,sepertimana yang kita tahu,amat susah untuk bersangka baik pada Allah bilamana kita ditimpa ujian atau musibah. Sebagai doc contohnya~ bila kita diperlukan untuk berusaha menormalkan patients yang dah hampir2 nak meninggal. When the results are +ve, it gonna be okay.But if the patients give us -ve sign/dgn kata mudah,patients tu meninggal,what was the most +ve answer that we could give to their families? And what should we tell ourselves?
It simple ---> ALLAH is the only healer, you are the Medium!
Kita dah cuba yang terbaik, semampu mungkin~

~   Hmm, banyakkan yang doc ni sumbat dalam otak kami   ~

2nd program,alhamdulillah,still bersama makcik Fauziah~
Tapi program ni me'refresh'kan balik apa yang dah berkarat dalam otak saya ni~
Me'refresh'kan?kenapa ya?hmm...sebab tajuknya --->

The OSEMness of Tarbiyyah!
Lagu tema:bingkai kehidupan!!!

1st of all, makcik ni terangkan pasal tarbiyyah.
  • Tujuan tarbiyyah
  • Ciri2 tarbiyyah
  • Natijah tarbiyyah
Kalau nak explain, macam terlalu panjang la pula.
So, setelah diringkaskan, what we can conclude:
  • Tujuannya untuk improve diri kita ke arah yang lebih baik dari sudut agama and akhlak.Juga untuk menegakkan islam, membetulkan 'mind set' orang ramai sekarang terutamanya minda Melayu!
  • Ciri2nya:rabbaniyyah,syumuliyyah,asas yang tetap,tepat dengan fitrah,menyatukan tenaga2 manusia,etc...
  • Natijahnya banyak...but,tuntasnya, kita akan lebih matang and always be +ve.
From this 2nd talk, i can conclude that hidup ni bukanlah semudah yang kita fikirkan and we need to be strong ang MATURED. Jadikan semua halangan2 yang kita tempuhi sebagai peluang untuk kita berjaya. Cabar diri!

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh!
Pastikan AZAMmu semakin meninggi!
Kejayaan islam bukanlah sekadar mimpi!
Namun janji Allah yang Haq dan pasti!
~jalan juang by Izzatul Islam :)))

Tu je lah kot perkongsian pengalaman di bawah AzamRUSSIA di Russia Federation setakat ini~

Wassalam, ilalliqo'!!!

Kami di 2nd prog...tu,makcik kat barisan blkg sekali berdiri tengah2~

Tuesday, January 3, 2012

~ indahnya rasa ini ~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...


Hari ini, kecewa bertandang lagi~
Dan aku bahagia~
Bahagia kerana masih diberikan peluang olehNya untuk merasai kecewa~


kecewa dalam bahagia




Untuk itu, aku menjadi lebih sedar, lebih banyak berfikir, lebih matang seiring usiaku~
Kecewa menyedarkan aku bahawa Allah masih menyayangiku~
Masih mahu aku dijalanNya, masih ingin melindungiku dari keasyikan dunia yang memukauku~


Terasa jauh~
Jauh dari keluarga dan adik-beradikku~
Jauh dari suasana matrik yang banyak mengajarku erti hidup pada yang memberi~


Untukmu:- keluargaku, aku rindu kamu!!! 
                 sahABat2 ku, kalian juga aku rindu!!! =.=


wallahualam~