"waahhhh, siapa nak stay up malam ni? saya dah 2 malam berjaga tunggu subuh...malam ni turn orang lain la pula ya, saya nak tidur. Selamat malam. Assalamu'alaikum. Minta maaf semua. Subuh nanti kejutkan." sekonyong-konyong beliau terus menyelimuti diri, memejamkan matanya, sambil terkumat kamit membaca doa tidur - bismikallahumma ahya wa amut. Lantas terjatuh ke dalam sleep cyclenya.
Semua sahabat mula mempersiapkan tempat tidur masing-masing. "Good night izzah, esok pagi tolong kejutkan ya, terima kasih." Satu persatu dari mereka syahid, tak tertanggung berat mata, menahan kantuk. "Emm, insyaAllah, night." balasku pendek, meneruskan pembacaan. Membaca melalui ebook sambil mendengar lagu-lagu rentak slow and sentimental.
ebook yang menjadi renunganku ditemani alunan lagu religi yang touching macink* |
Ku sambung bacaanku. At the same time, lagu 'Sebiru Hari Ini' nyanyian Edcoustic menghiburkanku. Terus ku tutup 'buku'ku, membuka blog yang memang lama ku biarkan. Tekadku mencurahkan semua memori semasa di hari-hari mppb ku yang pertama di kmmp, sambil mata tak dapat menahan sedihnya perpisahan, air mata itu menyambung tugasnya malam ini.
_____________________________________________________
MPPB
Tidak menjadi kebiasaan bagiku meminjam laptop sahabat. Tapi pagi itu, aku yang tidak biasa meminjam mr.lappy sahabatku, kesekian kalinya meminjam untuk mensearching lagu perpisahan. Dan buat pertama kalinya ku mendengarkan lagu SHI. Tiba-tiba hatiku tersentuh. Terasa semacam lagu itu sememangnya sangat tepat dengan situasiku. Teresak-esak aku menghayati bait-bait liriknya, pastinya tanpa dapat dikesan sahabat sekeliling.
Iya, puncanya jelas, aku sangat pasti bahawa sememangnya amat sukar bagiku selepas ini untuk bersua muka, berliqo' di pagi buta, menyambut pelukan hari lahir, merasai nikmatnya makan bertalam saat poket kosong, merasai ditarbiyyah bersama dan sekarang menjalani mppb bersama ab. Aku tak pernah bayangkan memori ini akan ku bawa jauh luar dari Malaysiaku.
Dua hari sebelum berakhirnya mppb, aku menceritakan letak duduk perkara sebenar rencanaku selepas program matrikulasi kepada seorang sahabat yang paling dekat denganku. Dia terdiam, terkesima, ku kira terasa dengan kerahsiaanku mungkin. "Kenapa tak pernah cakap pun dengan saya, kamu nak sambung study oversea? Sampai hati. Sahabat lain tahu tak?" Dia menitiskan air hangat dari sungai matanya. Aku ni, dah teresak-esak, meluahkan dengan penuh kepayahan, "Takde sorang pun tahu." Dalam hati dah meracau merasuk, tak nak bagitahu sebab tak tahu macamana nak bagitahu. Aku sedih, pilu tak tahu apa perasaan, tapi ia menyakitkan,SANGAT. Hari itu, aku teruskan dan merenung wajah ab dalam-dalam. Semua kenangan kita, aku bawa, jangan risau sahabat, aku takkan pernah lupakan kalian dan perjuangan kita.
Hari terakhirku di program mppb, ku peluk erat ameerahku yang sangat ku sayang dan sanjung. Tapi aku tak dapat menahan air mata dan pelukanku kejap. "Aih, ni dah kenapa dah ni? Lain macam nangis ni." dengan loghat perak ameerahku menanya. Arghhh, aku kena cakap, dia ameerah aku, yang penting dia sahabat terbaikku. "Ana tak tahu bila lagi kita akan jumpa." Dan aku failed untuk teruskan bicara. "Await cakap lagu tu? Aish, jumpa lagi, insyaAllah. Ada program kita kumpul balik." Makin kuatla aku nangis. "Await ni Nurul?" hah sudah, kak una dah tanya, apa nak jawab? Last2 sahabat aku memberitahu berita basi terkejut aku tu. Lepas tu, tanpa diminta ameerah ngan kak LA ku memelukku dan mereka join ventureku dengan menangis bersama-sama. "Await Nurul tak habaq awai-awai?" Aku macam sebelum ni, yang memang dah keputusan kata-kata, menyambung tugas membisuku. Tak terucap kawan oii, nak tinggal sahabat sehati sejiwa jauh-jauh tak pernah ku bayangkan. Paling tidak pun, cukup la seberang Laut Cina Selatan. Inikan tercampak menempah tumpang hidup ke negara yang daratannya memakan hampir separuh peta dunia.
________________________________________________
Menyambung ke RUSIA.
"Assalamu'alaikum nurul, tolong faxkan ke pejabat abah keputusan matrik sem 1. SEGERA! Paling lambat esok. Okay? Abah nak cuba apply program luar negara. Assalamu'alaikum wbt." Fuhhh, ringkas, padat dan yang penting SEGERA. Itulah abah, orang yang bagiku paling tersusun, tabah, penyayang dan dalam masa yang sama pendidik anak-anak dengan cara terbaik punya. Dan aku seperti biasa, tak ambil serius tawaran itu, tapi amanah tetap kena jalankan. Pergilah aku mencari HEP paling mesra di abad ini untuk meminta tolong beliau bagi menfaxkan result matrikku. Alhamdulillah, dengan keramahan, keikhlasannya bertugas dan penyayangnya HEPku kepada anak didiknya, beliau berusaha membantuku. Dan alhamdulillah, salinan itu sampai kepada abah. Jasa tuan akan saya kenang, sedia berkhidmat secara percuma untuk tuan dan 'keluarga'.
"Assalamu'alaikum nurul, tolong faxkan ke pejabat abah keputusan matrik sem 1. SEGERA! Paling lambat esok. Okay? Abah nak cuba apply program luar negara. Assalamu'alaikum wbt." Fuhhh, ringkas, padat dan yang penting SEGERA. Itulah abah, orang yang bagiku paling tersusun, tabah, penyayang dan dalam masa yang sama pendidik anak-anak dengan cara terbaik punya. Dan aku seperti biasa, tak ambil serius tawaran itu, tapi amanah tetap kena jalankan. Pergilah aku mencari HEP paling mesra di abad ini untuk meminta tolong beliau bagi menfaxkan result matrikku. Alhamdulillah, dengan keramahan, keikhlasannya bertugas dan penyayangnya HEPku kepada anak didiknya, beliau berusaha membantuku. Dan alhamdulillah, salinan itu sampai kepada abah. Jasa tuan akan saya kenang, sedia berkhidmat secara percuma untuk tuan dan 'keluarga'.
Sampai disitu pengetahuanku tentang info itu. Dan tak terdetik dihati untuk menanyakan hal itu kepada abah dengan sebab yang jelas, iaitu aku rasa mesti tak dapat punyalah.
Segalanya, dari A-Z tentang application form tu abah uruskan. Aku yang tak yakin dengan keputusan sem 1 ku, bertambah tak yakin bila merasakan aku tidak menjawab final 2nd sem aku dengan cemerlang. Tapi Allah Maha Tahu, serba tahu. Oleh kerana aku hamba yang tidak tahulah, aku tak bagitahu siapa2.
DAN
Harapan mula terbit pada hari-hari terakhir tugasku sebagai fasi di kmpp. Masa tu, barulah aku sedar, abah membuat suatu yang besar dan serius. Dan betapa besarnya harapan abah pada aku. Juga mula aku rasai kebesaran nama yang kupakai kesekian kalinya, NURUL IZZAH pada keluargaku.
Kerahsiaan itu akhirnya tersebar ketika aku sedang menjalani program persediaan atau lebih tepat lagi, kursus bahasa. Hampir semua ab mengetahui perancanganku. Ramai yang mengucapkan 'beribu-ribu taniya' dan ramai juga yang mempersoalkan kerahsiaan itu. Akurku dengan susunan Allah, kerana aku sememangnya bukan seorang yang suka bercerita hal dalaman. Sebab itu, aku amat suka bahagian sirr wal hazar dalam tarbiyyahku.
___________________________________________________________
3.40pagi,Moscow,060613
"Allah subuh dah masuk..." kering air mata meninggalkan ketegangan pada mukaku. Aku sudahi coretan rindu kalbuku pada ab dan saat-saat bersama kalian di sini dahulu. InsyaAllah jika berkesempatan, ku sambung lagi lain kali.
Ana uhibbukum fillah. Fastabiqul khoirot. Fahamilah ab, aku sedang berjuang dengan jalan yang Allah tetapkan. Intima'ku masih sama insyaAllah.
dari sisi jendelaku, 3.50 pagi. |
hostel Pushkin, Moscow. |
No comments:
Post a Comment